USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

“PPSP WALL OF HONOUR" UNTUK PUNGUT DANA PROJEK MUZIUM HAYAT

20140720 145848

KUBANG KERIAN, 21 Julai 2014 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato' Dr. Omar Osman menggesa pusat-pusat tanggungjawab dan jabatan USM untuk lebih kreatif dalam mengumpul dana dan menunaikan tanggungjawab dalam memenuhi objektifnya.

Berucap merasmikan "Pusat Pengajian Sains Perubatan Wall of Honour" di sini, Omar memuji langkah yang diambil oleh Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP).

"Perkara-perkara kreatif melangkaui pengajian Perubatan dapat dilakukan dengan adanya bilangan warga PPSP melebihi 600 orang yang juga dapat membantu menzahirkan kreativiti dalam kalangan mahasiswa dan turut menerokai bidang keusahawanan sebagai DNA bidang Sains Perubatan," kata Omar.

20140720 144807

Menurut Penyelaras Unit Komunikasi Strategik Perubatan (MedikSCOM) Bahagian Penyelidikan, PPSP, Dr. Muzaimi Mustapha, PPSP ’Wall of Honour’, Sayangi USM, Cintai PPSP merupakan inisiatif penjanaan dana untuk projek ’Digital Medical & Health Museum’ atau Muzium Hayat yang juga dalam proses pembikinan melibatkan sekumpulan pensyarah dan pelajar perubatan PPSP.

20140720 150327

Beliau yang juga Ketua Projek PPSP Wall of Honour berkata, penjanaan dana diperolehi melalui sumbangan sukarela dari dalam kalangan warga PPSP untuk tempahan seramik perseorangan yang dicanai dengan nama dan teks dedikasi ringkas oleh penyumbang tersebut, hasil libatsama pensyarah dan sekumpulan pelajar dari Pusat Pengajian Seni.

Tambahnya, projek PPSP ’Wall of Honour’ fasa pertama dimulakan pada Februari 2014 dengan hiasan mural dinding di Dataran Merah Pelajar yang bertemakan ’Sains Perubatan’ dengan sebarisan tubuh manusia, jaringan darah dan urat saraf, berserta organ-organ badan.

20140720 150133

Seterusnya, projek diteruskan dengan pembukaan tempahan seramik perseorangan kepada staf PPSP sepanjang bulan Mac dan April 2014.

Ini diikuti dengan proses pembuatan seramik-seramik tersebut sepanjang bulan Mei dan Jun 2014 di bengkel seramik Pusat Pengajian Seni.

20140720 150250

Kesemua seramik yang ditempah seterusnya dicanaikan dengan nama dan teks dedikasi untuk PPSP dan USM sebelum dilengkapkan ke dalam barisan tubuh manusia di mural dinding ini.

Menurut Muzaimi, seramai 66 orang dari dalam kalangan staf PPSP (54 akademik dan 12 bukan akademik) telah menyumbang bagi menjayakan fasa pertama projek ini, dengan perolehan sumbangan berjumlah RM10,000.

20140720 150029

Kesinambungan kepada kejayaan fasa pertama ini, fasa kedua projek PPSP ’Wall of Honour’ Sayangi USM, Cintai PPSP, bakal dimulakan pada bulan September nanti.

"Kali ini, ia akan dilaksanakan melalui kerjasama daripada sekumpulan pensyarah dan pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

20140720 150752

Hadir sama ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Profesor Dato' Dr. Muhamad Jantan, Pengarah Kampus Kesihatan Profesor Dato' Dr. Mafauzy Mohamed, Dekan PPSP Profesor Dr. Sukari Abdul Halim serta para pensyarah PPSP. - Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 1390

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024