USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KEDAULATAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA

20140720 190935

KUBANG KERIAN, 20 Julai 2014 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato' Dr. Omar Osman mengingatkan agar jangan menggadaikan kedaulatan negara.

"Apa jua yang berlaku seperti Tragedi MH370 dan MH17 bukan kemahuan sesiapa dan tidaklah perlu untuk memburuk-burukkan atau menuding jari sebaliknya yang paling penting menjaga kedaulatan negara, menghadapi apa jua dugaan yang berlaku bersama-sama," kata Omar berucap di majlis Ifthar bersama warga Kampus Kesihatan di Pusat Islam di sini.

Tambahnya, kita perlu insafi nasib rakyat Palestin yang tidak pernah ingin bergaduh dengan sesiapa namun sentiasa berada dalam kancah perang dan ancaman Israel yang tentunya seperti mana pihak lain berasa cemburu dengan kita rakyat Malaysia yang hidup mewah, bertuah dan berupaya hidup aman damai terutamanya umat Islam yang dapat menikmati sebaik-baiknya.

20140720 190416

"Kita juga perlu menjaga kedaulatan negara ini dan menghadapi segala tohmahan yang ada dalam mempertahankan kedaulatan tanah air ini kerana kita mempunyai nilai kasih sayang dan hormat menghormati dalam kepelbagaian yang ada.

Kita mestilah menjaga nama baik institusi kita dan berusaha meningkatkan ketakwaan dengan sentiasa membantu mereka yang memerlukan secara ikhlas kerana apabila terlibat dalam usaha menolong orang lain seperti membantu gelandangan atau mereka yang memerlukan bantuan kita, menyedarkan kita dan anak-anak kita tentang nasib orang lain, betapa masih ada yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak ada kediaman serta yang penting janganlah terlibat dalam hal-hal yang kita tidak faham dan tidak ada kepakaran," kata Omar.

20140720 190435

Naib Canselor turut meminta warga USM agar sentiasa melakukan solat hajat setiap hari untuk mendoakan kesejahteraan, keselamatan dan ketenteraman negara dan bukan mendoakan kehancuran dan kemusnahan orang lain.

Tegasnya lagi, hanya satu inilah sahaja negara kita dan hanya USM ini satu institusi yang menjadi milik bersama-sama yang perlu dijaga.

"Kemajuan negara hanya dapat dicapai apabila ada keamanan dan ketenteraman yang mesti disyukuri," katanya lagi.

20140720 190438

Hadir sama ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Profesor Dato' Dr. Muhamad Jantan, Pengarah Kampus Kesihatan Profesor Dato' Dr. Mafauzy Mohamed, Pengarah Pusat Islam Profesor Dato' Dr. Muhammad Idiris Saleh, dekan-dekan serta warga Kampus Kesihatan lainnya.

Naib Canselor turut menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan, berbuka puasa, solat maghrib berjemaah, jamuan, tahlil untuk mangsa MH370 dan MH17 serta kemudiannya sokat isya' dan tarawih.

- Teks/Foto: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 2754

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024