USM JALANKAN PENYELIDIKAN PENJENAMAAN SEMULA IKON PELANCONGAN IPOH
PULAU PINANG, 21 Julai 2014 -Pasukan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) yang diketuai oleh pensyarah Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan Dr. Ahmad Puad Mat Som akan terlibat dalam satu kajian untuk menjenamakan semula ikon pelancongan Bandaraya Ipoh sebagai destinasi pelancongan antarabangsa yang bertajuk "Rebranding Ipoh's Tourism Icons and Its Marketing Towards International Tourist Destination".
Turut terlibat dalam penyelidikan ini ialah Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Profesor Dato' Dr. Mokhtar Saidin dan pensyarah di Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia USM Profesor Madya Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya.
Majlis penyampaian geran Institut Darul Ridzuan 2014 itu disampaikan oleh Pengerusi Jawankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Perak Y.B Dato' Mohamad Zahir Abdul Khalid pada hari Jumaat 18 Julai 2014 lalu di sebuah hotel di Ipoh. Teks/Foto: Mohamad Abdullah
- Created on .
- Hits: 881