USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR PALESTIN JUARAI PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN

Re1st place winnerziad M.M Shehada Universiti MalaysaPalestine

PULAU PINANG, Julai 2014 - Seorang pelajar Palestin, Ziad M.M Shehada, telah memenangi tempat pertama Kategori Tilawah dalam Pertandingan Tilawah dan Hafazan Al-Quran Siswazah Peringkat Antarabangsa ke-5 yang dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia di sini baru-baru ini.

Selaku johan, Ziad, dari Universiti Malaya membawa pulang hadiah RM1,500 bersama-sama sijil dan plak. Tempat kedua disandang oleh pelajar Iran, Mehdi Shabania Mansour, dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Mahlil Muhammad Jamil, dari Universiti Islam Arraniry, Acheh, Indonesia.

Dalam Kategori Hafazan pula, pemenang tempat pertama ialah Abdurahman Husain B Iqdo dari Libya yang menuntut di Universiti Sains Islam Malaysia. Dengan kemenangan tersebut, dia menerima RM1,500, sijil dan plak manakala pemenang tempat kedua, Afdhal Mufassar dari Universiti Sumatera Medan, Indonesia menerima RM1,000 dan pemenang tempat ketiga, Muhammad Ikhwan dari MARSAH Johor Bahru, RM800.

Me1st placewinner Abdurahman Husain B IqdoUniversiti Sains Islam MalaysiaLibyaMe

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman telah menyampaikan hadiah kepada semua pemenang di majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di hadapan Masjid Al-Malik Khalid, USM.

“Menjuarai pertandingan ini bukanlah fokus utama tetapi apa yang penting adalah proses pembelajaran dan keupayaan para pelajar untuk menghargai makna di dalam ayat-ayat Al-Quran,” kata Omar dalam ucapan beliau kepada semua peserta.

Seramai 27 peserta terdiri daripada siswazah dari Indonesia, Libya, Palestin, Yemen, Iran, Iraq, India, Nigeria dan Malaysia mengambil bahagian, dengan 10 daripada mereka dalam kategori hafazan dan 17 lagi kategori tilawah.

DSC 1970

Juri bagi pertandingan ini ialah Rezvan Abdull Salam dari Jordan, Ustaz Zayd Zahri dari Pusat Islam USM dan Ustaz Mohammad Sabri dari Yemen.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) Profesor Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, Pengarah Pejabat Antarabangsa USM Profesor Madya Dr. Anees Janee Ali dan Pengarah Pusat Islam USM Profesor Dato' Dr. Muhammad Idiris Saleh.

- Terjemahan: Suhaili Mohd Zaini/Teks & Foto: Mina Seifi

  • Created on .
  • Hits: 1117

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024