USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

IFTAR DI USM: PI MAI FM RAI PENDENGAR

20140719 202515

PULAU PINANG, 21 Julai 2014 - Pendengar terpilih dan anak-anak yatim dari Rumah Jagaan Nasyiatul Aisyiyah, Balik Pulau merasai pengalaman mengujakan apabila berpeluang berbuka puasa bersama penyampai dari Pi Mai FM di Café BumbleDee’s @ 1938, Rumah Tetamu di sini baru-baru ini. 

Antara yang turut serta ialah Acong Sweetchild, Nadia Hasnan, Oss, Azmir Aziz, Mamak CUIT dan Shahril Wokay Wokay, penyampai radio yang semakin dikenali di kalangan pendengar utara.

Pi Mai FM terdahulu telah mengadakan peraduan "Mai Berbuka Puasa" dan 40 pendengar bersama pasangan telah dipilih untuk berbuka puasa bersama dengan sajian utama nasi arab dan kambing panggang serta pelbagai juadah sampingan yang lain. Majlis Mai Berbuka Puasa bersama pendengar ini julung kali diadakan di dalam kampus USM dengan kerjasama Cafe BumbleDees @ 1938, dihadiri oleh lebih dari 150 tetamu.

20140719 204859

Ketua Bahagian Pemasaran dan Penjualan Copyright Laureate Sdn Bhd, Anthony Andrew Adam Fonseka ketika ditemui berkata, pihaknya gembira dengan sambutan yang diberikan warga Pulau Pinang dalam majlis yang julung kali diadakan di USM itu.

"Kami semua amat gembira dengan kerjasama yang diberikan oleh warga USM khasnya dalam membantu menyediakan lokasi menarik untuk acara itu dan berharap akan dapat bekerjasama lagi di masa depan,’’ katanya.

Sedikit sumbangan telah dihulurkan oleh Pi Mai FM kepada anak-anak yatim dari Rumah Jagaan Nasyiatul Aisyiyah bagi memberikan sinar untuk mereka menyambut lebaran bersama rakan-rakan. Teks/Foto: Marziana Mohamed Alias.

  • Created on .
  • Hits: 1142

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024