USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PTJ USM BERBEZA DARIPADA YANG LAIN

260714-1

PULAU PINANG, 25 Julai 2014 – Pusat Tanggungjawab (PTJ) Universiti Sains Malaysia (USM) adalah berbeza daripada PTJ di universiti lain terutamanya jabatan-jabatan yang menyediakan perkhidmatan kepada pihak luar kerana ia bukan sahaja memberi perkhidmatan kepada agensi badan berkanun tetapi juga jabatan-jabatan kerajaan.

“Penyediaan perkhidmatan kepada pihak luar adalah salah satu cara penjanaan pendapatan,” ucap Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman di Majlis Berbuka Puasa bersama Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE & GT), Pusat Inovasi & Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA), Sekretariat Knowledge Transfer Programme (KTP) dan Kluster Penyelidikan Haji.

Naib Canselor juga mengucapkan tahniah kepada CETREE & GT kerana telah menandatangani kerjasama dengan Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) untuk menjalankan projek berjumlah RM6 juta.

“Saya berharap kerjasama ini adalah asas kepada CETREE & GT untuk bergerak lebih jauh pada masa akan datang,” tambah Naib Canselor.

260714-2

Pada majlis yang sama, Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Sohibus Samahah Dato Murshid Diraja Dr Juanda Jaya menyampaikan tazkirah kepada semua tetamu selepas solat Maghrib berjemaah.

Turut hadir majlis tersebut ialah isteri Naib Canselor USM Datin Noraizan Jamaludin, Pengarah CETREE & GT Profesor Dr. Haslan Abu Hassan, Pengarah PIPPA Dr Musa Ali serta staf dan ahli keluarga keempat-empat PTJ. - Teks: Nor Rafizah Md Zain/Foto: Mina Seifi

 

 

  • Created on .
  • Hits: 2930

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024