USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

"INI UJIAN KECIL DARI ALLAH KEPADA KAMI SEKELUARGA" – MOHD ZAMADI

DSC 3173

ALOR MERAH, PULAU PINANG, 6 Ogos 2014 –  9 Syawal 1435 pastinya meninggalkan detik hitam buat Mohd Zamadi Omar, 34, Pembantu Jurutera yang kini berkhidmat di Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia (PTPM), Universiti Sains Malaysia (USM) apabila kediamannya musnah dijilat api, semalam.

Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr. Omar Osman yang ditemui di pejabatnya turut menzahirkan rasa dukacitanya dengan kejadian tersebut.

"Saya dan pastinya juga seluruh warga USM amat merasai dugaan yang dihadapi oleh Saudara Mohd Zamadi dan keluarganya ini dan berdoa agar diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapinya," kata Omar.

 DSC 3183

Naib Canselor telah meminta semua pihak membantu segera apa yang boleh dengan penyelarasan oleh  Jabatan Pendaftar dan Pusat Islam sebaik sahaja mengetahui kejadian ini.  

Ketua Penolong Pendaftar, Khairul Eruwan Abdul Halim dan beberapa orang dari Jabatan Pendaftar telah mengunjungi kediaman Mohd. Zamadi dan memberikan laporan kepada Naib Canselor serta turut mengadakan kutipan sumbangan oleh warga USM yang prihatin di samping menghulurkan sumbangan universiti. 

 DSC 3188

Menurut Mohd Zamadi, kejadian yang berlaku pada jam 7.45 malam itu, amat pantas sehinggakan mereka sekeluarga hanya sempat menyelamatkan diri disamping beberapa dokumen penting sahaja.

"Kebakaran berpunca akibat litar pintas yang berlaku di tingkat atas kediaman, yang mana ketika itu saya dan isteri, serta anak-anak dan ibu bapa sedang berbual-bual dengan sepupu di tingkat bawah," katanya yang ditemui di sini.

 IMG 20140806 1200211

IMG 20140806 1200271

Sebelum itu, Pengarah Pusat Islam, Profesor Dato' Dr. Muhammad Idiris Saleh menyampaikan sumbangan universiti berupa bahan makanan dan keperluan asas lain untuk mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh keluarga mangsa.

"Sepupu antara orang yang paling awal nampak ada kepulan asap, dan kami segera ke tingkat atas cuba memadamkan api, namun agak sukar kerana api sudah mulai merebak ke tengah rumah," kata Mohd. Zamadi.

Pihak bomba yang pantas tiba selepas menerima panggilan kecemasan, berjaya mengawal kebakaran dari merebak dan memusnahkan kediaman berdekatan dan kerugian yang dianggarkan adalah lebih kurang RM 120,000.  

 DSC 3191

Mohd Zamadi, yang juga aktif dalam pelbagai aktiviti persatuan penduduk di kampungnya, serta memegang beberapa jawatan penting dalam beberapa pertubuhan,bersyukur kerana semua ahli keluarganya terselamat dari bencana tersebut.

"Walaupun sedih bila melihat kediamanyang diduduki selama 30 tahun ini menyembah bumi, namun saya percaya apa yang berlaku ini ada hikmah dan Tuhan telah mengatur yang lebih baik untuk kami pada masa depan."  

Tambah Mohd Zamadi lagi, buat masa ini, beliau sekeluarga akan menetap di kediaman ahli keluarga yang juga terletak di dalam kampung yang sama.

 DSC 3182

"Cuma buat masa ini, sedang memikirkan bagaimana nak menguruskan keperluan anak-anak yang telah bersekolah dan masih kecil," ujarnya yang memiliki 4 orang cahayamata berusia antara 2 hingga 8 tahun.

Mohd Zamadi juga memaklumkan setakat ini telah tampil beberapa agensi kerajaan dan swasta menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mereka sekeluarga.

"Jutaan terima kasih pada mereka yang sudi membantu, baik dari segi kewangan mahupun tenaga kerja membersihkan rumah. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian semua," katanya.

 DSC 3187

Bagi yang ingin menghulur sumbangan ikhlas pada Mohd Zamadi, boleh menghubungi beliau di talian 012-488 8695 atau salurkan ke akaun Maybank (Mohd Zamadi Omar – 157250020736).

Teks : Mohamad Danial Shahri/Foto : Mohamad Danial Shahri/Hj.Mohd Zamrus Hj.Mohd Ali

  • Created on .
  • Hits: 1515

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024