USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PAMERAN MAORI KETENGAH BUDAYA DAN SEJARAH

 080814-1

PULAU PINANG, 8 OGOS 2014 – Pameran Tuku Iho – Living Legacy mempamerkan bukan sahaja dari segi seni ukiran malah ianya seni di sebalik budaya dan sejarah orang Maori yang berasal dari New Zealand.

“Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, Universiti Sains Malaysia (USM) berbesar hati dapat menganjurkan pameran sebegini serta dapat menjalinkan kerjasama dengan New Zealand amnya dan New Zealand Maori Arts and Crafts Institute khasnya,” ucap Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr Omar Osman ketika merasmikan pameran tersebut.

“USM akan terus bekerjasama dan meneruskan jalinan dengan pihak New Zealand untuk terus mempromosi budaya dan seni New Zealand ke USM dan Pulau Pinang dan sebaliknya,” tambah Naib Canselor.

 080814-2

Pesuruhjaya Tinggi New Zealand di Malaysia, David Pine dalam ucapan beliau turut berharap jalinan kerjasama ini akan berterusan serta budaya dan seni Maori terutamanya dalam penghasilan senjata seperti paiaka, patu dan taiaha ini dapat di kenali oleh masyarakat luar. 

Pameran Tuku Iho – Living Legacy mempamerkan lebih 80 bahan yang sangat berkualiti tinggi termasuk ukiran kayu, batu, besi, tulang serta anyaman yang menggambarkan kehidupan masyarakat Maori.

080814-3

Pameran di Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) USM ini dibuka kepada orang awam secara percuma mulai 8 Ogos hingga 15 September 2014 di antara jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang kecuali Ahad dan cuti umum. Pameran ini juga adalah sebahagian daripada acara yang diadakan sempena George Town Festival (GTF) 2014.

080814-4 

Turut hadir ialah Pengarah New Zealand Maori Arts and Crafts Institute Karl Johnstone, Pengarah Festival GTF Joe Sidek dan Pengarah MGTF Zulkornian Hassan.

 080814-50

Para hadirin turut dipersembahkan cara-cara penggunaan senjata Maori serta langkah-langkah penghasilan senjata tersebut menggunakan peralatan tradisional. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohamad Danial Shahri dan Mohd Fairus Md Isa 

 

  • Created on .
  • Hits: 1129

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024