USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM BUKA TAWARAN KEMASUKAN SIDANG 2014/2015

DSC 0011

PULAU PINANG, 12 Ogos 2014 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor  Dato’ Dr Omar Osman hari ini mengumumkan bahawa sebanyak 5300 tempat ditawarkan kepada calon pelajar yang telah memohon untuk melanjutkan pelajaran ke USM.

Setakat ini, lebih 1300 orang pelajar telah memberikan maklum balas kepada tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke USM sejak dibuka tawaran pada jam 12.00 tengah hari tadi. 

“Seramai lebih 21000 calon lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/Diploma/Setaraf A-Level/IB telah memohon untuk kemasukan ke USM bagi sidang pengajian 2014/2015.

DSC 0014

“Oleh yang demikian, saya berharap para pelajar yang ditawarkan pengajian di sini membuat keputusan yang bijak dan membuat pilihan yang tepat,” kata Naib Canselor ketika mengumumkan perkara ini dalam sidang media yang diadakan sempena Sambutan Pelajar Baharu Rancangan Pengajian Pendidikan Jarak Jauh di sini hari ini.

“Bagi para pelajar yang tidak berjaya, permohonan rayuan boleh dibuat namun ianya tertakluk kepada kekosongan tempat pengajian,” tambah beliau.  

Keputusan tawaran ke USM boleh disemak di laman sesawang www.usm.my Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa  

  • Created on .
  • Hits: 1358

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024