BAHAGIAN HEPP GUNA MEDIA SOSIAL DEKATI MAHASISWA BAHARU
PULAU PINANG, 14 Ogos 2014 - Bahagian Hal-Ehwal dan Pembangunan Pelajar (HEPP) Universiti Sains Malaysia (USM) menggunakan media sosial khususnya Facebook untuk dekati dan membantu mahasiswa baharunya.
Timbalan Pendaftarnya, Husin Yahaya berkata, seiring dgn keputusan kemasukan pelajar baharu USM bagi Sidang Akademik 2014/2015 yang dikeluarkan bermula 12 Ogos lalu, BHEPP telah menggerakkan beberapa pelan tindakan bagi membantu memudahkan urusan calon-calon pelajar USM termasuk memanfaatkan mahasiswa sedia ada yang ditugaskan sebagai Pembimbing Program Siswa Lestari (PPSL).
Tambahnya lagi, seawal bulan Ramadhan yang lalu, Facebook Bakal Mahasiswa USM Sidang 2014/2015 telah diwujudkan di bagi mengumpulkan pemohon-pemohon yang akan mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang di USM untuk membolehkan mereka berinteraksi dengan mendapat reaksi yang amat memberangsangkan.
"Terdapat pelbagai soalan berkaitan proses kemasukan dan pengajian di USM dibincangkan oleh mereka," tambangnya lagi.
Media sosial ini adalah juga bertujuan sebagai satu khidmat komuniti oleh para mahasiswa USM untuk membantu berkongsi panduan sekiranya permohonan calon-calon tersebut ditolak atau sebagainya.
Terkini, satu lagi kumpulan media sosial diwujudkan iaitu dinamakan Mahasiswa USM Kemasukan 2014/2015 yang bertujuan mengumpulkan semua calon yg berjaya mendapat tawaran ke USM.
Kumpulan media sosial ini dihubungkan dengan e-Pohon USM untuk memudahkan mereka berinteraksi.
"Pada masa ini para PPSL sedang bertungkus-lumus melayani setiap permintaan menyertai kumpulan ini serta menjawab pelbagai soalan yg diajukan kepada kumpulan ini," kata Husin.
Turut dilibatkan ialah para pegawai USM dari pelbagai jabatan untuk membantu menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan mahasiswa baharu.
"Kita amat berharap, media sosial ini akan dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membantu mereka yang terlibat dalam menyesyaikan diri persekitaran baharu khususnya kehidupan di kampus yang agak berbeza daripada sekolah atau institusi pengajian sebelum ini," jelas Husin.
Sehingga berita ini ditulis, seramai 1,576 orang bakal mahasiswa USM telah mengunjungi dan terlibat dalam kumpulan maya media sosial ini dengan melayari https://www.facebook.com/groups/1514242728787132/. Teks/Foto: Mohamad Abdullah
- Created on .
- Hits: 905