USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC TERIMA KUNJUNGAN HORMAT AJK RISM CAWANGAN UTARA

DSC 4789y

PULAU PINANG, 14 Ogos 2014 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato’ Dr. Omar Osman hari ini menerima kunjungan hormat daripada Ahli Jawatankuasa Kepimpinan Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia (Royal Institution of Surveyors Malaysia - RISM) Cawangan Utara, Sesi 2014-2015 di pejabat beliau di sini.

Kunjungan itu bertujuan untuk mengadakan perbincangan dua hala bagaimana pihak RISM dapat mewujudkan kerjasama dengan USM dalam usaha menggalakkan rangkaian di antara industri dan universiti khususnya melalui penglibatan Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan (PPPBP).

Antara perkara yang dibincangkan adalah kemungkinan penawaran program atau kursus profesional peringkat sijil atau diploma dalam bidang berkaitan, halatuju pembangunan industri binaan dan hartanah negara, dan bagaimana RISM boleh memainkan peranannya sebagai pusat rujukan atau ‘one-stop centre’ bagi mahasiswa universiti untuk mendapatkan maklumat tentang penempatan internship atau peluang pekerjaan yang ada di syarikat dan firma swasta.

Pengerusi RISM Cawangan Utara, Sr. Dr. Hasnanywati Hassan, yang juga pensyarah PPPBP merakamkan terima kasih kepada Naib Canselor kerana sudi menerima kunjungan tersebut dan mengenali ahli-ahli pertubuhannya dengan lebih dekat. Turut hadir ialah Timbalan Dekan Akademik PPPBP, Profesor Madya Dr. Nazirah Zainul Abidin.

RISM merupakan sebuah pertubuhan ikhtisas industri binaan dan hartanah negara yang berperanan menjaga kebajikan dan pembangunan profesional ahli-ahlinya yang merangkumi juruukur bahan, juruukur bangunan, juru nilai, juruukur tanah dan perunding hartanah. - Teks: Tan Ewe Hoe/Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 750

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024