USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

OER@USM DILANCAR UNTUK PEMBELAJARAN TERBUKA

200814-8

PULAU PINANG, 20 Ogos 2014 – Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) Profesor Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal hari ini melancarkan Open Educational Resources (OER) Universiti Sains Malaysia (USM) atau OER@USM bersempena Seminar Tahunan Pengajaran Pembelajaran USM 2014 [USM Annual Teaching and Learning Seminar 2014].

OER@USM ini adalah portal yang dapat diakses secara percuma pelbagai bahan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) contohnya melalui i-Tunes U dan SlideShare.

“Melalui OER@USM, bahan pembelajaran dapat dikongsi secara terbuka dan ini adalah sangat bertepatan dengan tema seminar pada hari ini iaitu “The Global Classroom”,” ucap Ahmad Shukri yang mewakil Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman.

Seminar ini diadakan setiap tahun bagi berkongsi dengan semua pendidik dan juga pensyarah mengenai trend terkini dan juga amalan terbaik dalam P&P. Seminar ini adalah anjuran bersama Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik & Penasihatan & Pembangunan Pelajar (CDAE) Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) dan Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT).

“Konsep perkongsian bahan pembelajaran secara terbuka ini bermula pada tahun 2002 apabila Massacusetts Institute of Technology (MIT) memperkenalkan MIT Open Courseware yang berjaya menyediakan lebih 2000 kursus dengan kira-kira 120 juta orang pelajar yang mengakases bahan tersebut di seluruh dunia,” tambah Ahmad Shukri.

200814-9

Perkara ini disokong oleh Ahli Lembaga Pengarah African Virtual University yang juga Associate Dean for Open Education di University of California, Irvine, Larry Cooperman yang menyampaikan ucaptama yang bertajuk The Digital Redesign of Higher Education: Global Best Practices.

Beliau berkata, amalan terbaik dalam pembelajaran secara terbuka adalah melalui teknologi yang mana dapat sampai kepada sesiapa sahaja dengan efektif.

“Melalui teknologi dan juga pembelajaran secara terbuka, bilangan pelajar di peringkat pengajian tinggi meningkat sebanyak 50 peratus dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini,” tambah Larry yang juga menerangkan konsep Trow’s Conception dalam pengajian tinggi.

Seminar sehari ini telah disertai oleh kira-kira 500 orang peserta dari dalam kalangan pensyarah dan guru di kawasan utara.

Turut hadir berkongsi pengalaman dalam seminar ini ialah Pengasas OER Foundation, Dr. Wayne Mackintosh dan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan, Taylor’s University of Malaysia, ​Profesor Dr. Mushtak Al-Atabi.

Antara lain yang hadir ialah Pengarah CDAE, Profesor Dr. Abd. Karim Alias dan Ketua Pegawai Teknologi Maklumat PPKT USM, Zulham Hamdan. - Teks: Nor Rafizah Md. Zain/Foto: Mohamad Danial Shahri

  • Created on .
  • Hits: 907

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024