USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

E-MATERNITY DAN BANANABI D’AGRO PAGOH ANTARA PRODUK NRIC 2014

DSC 0007

PULAU PINANG, 20 Ogos 2014 –Pelajar Pusat Pengajian Sains Komputer Universiti Sains Malaysia (USM), Tang Ailin menghasilkan produk E-Maternity iaitu aplikasi untuk golongan ibu mengandung menyimpan data-data penting seperti tarikh perjumpaan dengan doktor serta notifikasi secara automatik.

“Antara kelebihan lain adalah ia mempercepatkan urusan pada waktu kecemasan di mana mereka boleh menekan satu butang yang terus menghubungkan mereka dengan doktor panel,” ujar Tang Ailin.

Menurutnya Tang Ailin, kajian dan penyelidikan mengenai projek E-Maternity dijalankan selama kira-kira enam bulan dan beliau mengambil masa selama setahun lebih untuk menghasilkan idea inovasi ini.

DSC 0008ji

“Namun aplikasi ini masih belum di pasarkan sebagai sebuah aplikasi di dalam pasaran Android,” tambah beliau ketika ditemui di Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi 2014 (NRIC 2014) kali ke-8 yang diadakan di Dewan Utama Pelajar, USM.

“Saya berharap idea ini mampu berkembang dengan lebih meluas kepada golongan ibu mengandung supaya perkhidmatan ini dapat memudahkan dan mempercepatkan urusan mereka sepanjang tempoh kehamilan,” tambah Tang Ailin.

20140820 095258

Lain pula bagi Amarul Arief Mohd Shuhaimi, pelajar tahun akhir dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang mempertandingkan Bananabi d’Agro Pagoh iaitu projek kreatif dan inovatif  berasaskan penggunaan tanah pertanian terbiar dalam usaha menyelamatkan alam sekitar.

“Inovasi ini akan mengubah tanah terbiar kepada tanah pertanian yang mampan iaitu dengan menanam pisang dan ubi.

Ianya juga akan menghasilkan produk bernutrisi tinggi yang diberi nama SushiUbi Malaya,” jelas Amarul Arief.“Kami berharap projek ini dapat dilaksanakan di setiap universiti di Malaysia dan dengan wujudnya projek ini maka para pelajar dapat menggunakannya sebagai kaedah inovasi,” tambah beliau.

20140820 095232

“Kami sudah mengimplementasikan projek ini di Pagoh, Johor bermula bulan Oktober tahun lalu dan memperoleh hasil pada bulan Jun tahun ini,” katanya dengan harapan projek ini dapat membantu mengurangkan mengangguran di kalangan beliau dan juga graduan universiti.

Tambahnya, kawasan Pagoh dipilih kerana terdapat banyak tanah terbiar dan sesuai untuk penanaman pisang dan ubi.

Selain itu, projek ini juga bersifat mesra alam yang mana mereka menggunakan jaring ikan terpakai untuk pembinaan pagar serta penanaman serai di keliling tanah bagi mengelak serangan haiwan liar.

7058 757595930949435 1196695233628612061 n

“Walaupun jarak yang jauh dan menyukarkan kami untuk mengawal selia tanah tersebut tetapi kami menggunakan inisiatif dengan mengambil penduduk tempatan untuk membuat kerja-kerja di sana,” ujar Amarul Arief. Teks: Suhaili Mohd Zaini / Foto:Mina Seifi 

  • Created on .
  • Hits: 859

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024