USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

RCE PENANG JADI PENANDA ARAS

240814-10

PULAU PINANG, 26 Ogos 2014 –Regional Centre for Expertise (RCE) Penang akan menjadi salah satu penanda aras di antara RCE yang terdapat di rantau Asia Pasifik terutamanya dalam bidang kelestarian dan juga pembangunan bidang lestari.

Menurut Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr Omar Osman pada masa kini RCE Penang berusaha untuk menjalankan pelbagai aktiviti di peringkat global serta merealisasikan segala konsep, model dan paradigm yang telah dilakarkan.

240814-11

“Saya mengucapkan terima kasih kepada RCE Tongyeong dan juga RCE Delhi yang mula menggunakan perkataan Sejahtera dalam rangkaian RCE di tempat masing-masing,” kata Naib Canselor yang juga Pengerusi Regional Sejahtera ESD Network (RSEN).

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan aluan kepada lebih 40 orang delegasi daripada 17 rangkaian RCE seluruh Asia Pasifik ke The 7th Asia Pacific RCE Meeting & International Symposium: A Decade of Regional Centres of Expertise on ESD yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.

240814-13

Turur hadir ialah Pengarah United Nations University (UNU)-International Institute for Global Health, Profesor Anthony Capon,  Profesor Kunjungan UNU Profesor Mario Tabucanon, Timbalan Pengarah, Kementerian Alam Sekitar Jepun, Yuko Kimura dan juga Ko-ordinator RCE Penang, Profesor Dr. Munirah Ghazali.

Selain mensyuarat, turut diadakan ialah Simposium Antarabangsa yang bakal menghimpunkan pakar-pakar dalam pembangunan lestari dan Naib Canselor USM juga akan menyampaikan ucaptama yang bertajuk 10 years of ESD: Best Practises, Reflections and Future Sejahtera Endeavour.

DSC 5531

USM juga mengetengahkan rakan-rakan kolaborasi seperti Sekolah Kebangsaan Minden Height, Regional Centre for Education in Science and Mathematics (RECSAM) dan juga orang-orang kampung yang terlibat dalam program yang dijalankan oleh RCE Penang di seminar ini. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa 

  • Created on .
  • Hits: 1455

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024