USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KELUARGA PERLU BERI SOKONGAN KEPADA ANAK-ANAK

010914-100

PULAU PINANG, 1 September 2014 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato' Dr. Omar Osman meminta pelajar dan semua pihak menghargai kepelbagaian yang ada di kampus.

Bercakap dalam pertemuan dengan ibu bapa di sini pagi ini beliau mengucapkan tahniah dan selamat menjadi keluarga besar USM kepada semua.

010914-5

Hadir sama ialah Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal dan Pembangunan Pelajar) Profesor Dr. Adnan Hussein, Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa) Profesor Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Profesor Dato' Dr. Muhamad Jantan dan Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Profesor Dato' Dr. Susie See Ching Mey dan Penggawa Desasiswa Saujana Profesor Madya Dr. Mahmood Saberi Haron.

010914-1

Seramai 4,083 orang pelajar baharu mendaftar diri di ketiga-tiga kampus USM di Pulau Pinang, Kampus Kejuruteraan di Nibong Tebal dan Kampus Kesihatan Kelantan hari ini.

"Budaya hormat menghormati pelbagai kaum dan kepelbagaian yang ada apatah lagi di Universiti terdapat ramai pelajar dari pelbagai latar belakang termasuk yang datangnya dari 15 buah negara, oleh yang demikian kepelbagaian ini perlu dihormati," kata Naib Canselor.

Pada masa yang sama ibu bapa perlu sentiasa menyokong proses pembelajaran anak-anak mereka.

010914-2

"Keluarga perlu terus beri sokongan kepada pelajar dengan kemudahan yang disediakan seperti 15,000 katil untuk pelajar USM seluruhnya di semua kampus USM," tambah Omar.

Menurut beliau lagi, pelajar yang dipilih adalah bertuah kerana mendapat tempat di USM daripada 21,000 yang memohon dan dari 7,000 yang merayu hanya sebilangan kecil diterima.

010914-3

"Beri mereka semangat apatah lagi apabila berada di universiti, mereka perlu jadi anak muda yang bijak mengurus diri dan berjaya sebagai seorang yang dapat menyumbang kepada negara dan kejayaan anak-anak adalah kejayaan kita semua," kata Omar.

USM mempunyai 32,000 pelajar dengan kira-kira 12,000 staf.

010914-4

010914-6

Menurut Omar, USM memberikan sokongan yang sebaik mungkin berlandaskan moto Kami Memimpin dan Kami Sayang USM.​ - Teks: Mohamad Abdullah/Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 960

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024