USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM BERHASRAT JADIKAN KAMPUS KESIHATAN SEBAGAI PUSAT SEHENTI BERINTEGRASI - WUJUDKAN KAMPUS LESTARI KESIHATAN

7

KOTA BAHARU, 2 September 2014 - Universiti Sains Malaysia (USM) berhasrat menjadikan Kampus Kesihatan di Kubang Kerian Kelantan sebagai pusat sehenti atau "One Stop Center" yang berintegrasi dengan segala kepakaran dan perkhidmatan perubatan dan kesihatan untuk mewujudkan kampus yang lestari kesihatan untuk memacu kecemerlangannya.

Naib Canselor Profesor Dato' Dr. Omar Osman menyeru agar semua pihak memberi kerjasama dengan bekerja sebagai satu pasukan untuk merealisasikan segera hasrat tersebut.

1

"Kita mestilah memberikan perkhidmatan yang menggunakan seluruh kepakaran yang ada dengan sebaik-baiknya serta pada masa yang sama berusaha bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk berkongsi peralatan dan kemudahan kesihatan yang ada  demi faedah rakyat dan masyarakat seluruhnya," tambah Omar ketika berucap merasmikan Seminar Kesihatan Wanita 2014: Kemaskini Isu-isu Kesihatan Wanita di sini hari ini.

Tambahnya lagi, USM serius dalam menterjemahkan apa jua dapatan ilmu untuk kegunaan masyarakat dalam meningkatkan kesejahteraannya terutamanya dalam bidang kesihatan apatah lagi USM yang berteraskan dan memimpin kelestarian.

4

"Sebagai sebuah universiti yang mempunyai Kampus Kesihatan dengan peralatan dan kepakaran yang ada mempunyai kepelbagaian dan kelebihan untuk diintegrasikan bagi kegunaan masyarakat dan menyokong aktiviti kesihatan apatah lagi di sini juga USM mengeluarkan siswazah dalm bidang yang berkaitan perubatan dan kesihatan saban tahun," tegas Naib Canselor.

Jelas beliau lagi, USM berhasrat untuk menawarkan pakej integrasi ini yang boleh dicapai sebagai satu pusat rujukan yang mudah dengan pelbagai pengajian dan penyelidikan serta penawaran ijazah tinggi yang boleh diterjemahkan dalam hal-hal perubatan secara menyeluruh dan saling berintegrasi dengan keutamaan memastikan sumber-sumber digunakan secara optimum.

5

"Seperti mana yang ditunjukkan melalui seminar ini, terdapat banyak lagi aspek yang belum disentuh dalam isu-isu kesihatan termasuk penjagaan kesihatan untuk mencegah seperti penyakit-penyakit dan penderaan seksual yang jarang diperkatakan tetapi kini telah menjadi masalah dalam masyarakat yang perlu diberi perhatian secara berfokus, apatah lagi dengan terdapatnya banyak data di Jabatan Radiologi dan Hospital USM yang sepatutnya menjadi tempat memaklumkan tentang pelbagai perkembangan semasa dengan merekayasa keutamaan masalah-masalah yang ada sesuai dengan keperluan masyarakat," kata Omar lagi.

2

Hadir sama di majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat) Profesor Dato' Dr. Susie See Ching Mey, Pengarah Kampus Kesihatan Profesor Dr. Mafauzy Mohamed, Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan Profesor Dr. Ahmad Sukari Abdul Halim dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Dr. Nik Munirah Nik Mahdi yang juga Penyelaras Pusat Sumber Kanser Payudara Hospital USM.

Seminar tiga hari yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Kanser Payudara Hospital USM ini dihadiri oleh lebih 150 peserta yang terdiri daripada pengamal perubatan dan kejururawatan dari seluruh negara.

- Teks & Foto: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 1123

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024