BERUSAHA BERSAMA-SAMA PACU KECEMERLANGAN
KUBANG KERIAN, 2 September 2014 - Seluruh warga USM sewajarnya berusaha untuk bersama-sama memacu kecemerlangan sebagai satu pasukan apatah dengan hasrat universiti membolehkan Kampus Kesihatan mengintegrasikan dan mengoptimumkan sumbernya untuk memasyarakatkan ilmu dan kepakaran yang ada.
Bercakap kepada warga Pusat Pengajian Sains Kesihatan dan Kampus Kesihatan ketika merasmikan Dataran Pelajar Pusat Pengajian Sains Kesihatan hari ini, Naib Canselor Profesor Dato' Dr. Omar Osman meminta agar usaha pemerkasaan ini dilakukan secara berterusan seperti usaha universiti untuk bangunkan segala kemudahan untuk pelajar dan warganya yang lain.
"Usaha Pusat Pengajian Sains Kesihatan ini patut dipuji dan disokong demi faedah semua namun kita juga ingin melihat agar seluruh kepakaran yang ada dapat digemblengkan untuk meneruskan pengukuhan dan pemerkasaan universiti untuk faedah rakyat dan negara," kata Omar.
Beliau turut memuji pusat pengajian kerana berusaha menggembleng seluruh alumninya dengan menubuhkan persatuan yang akan disokong oleh universiti.
Terdahulu Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Dr. Ahmad Zakaria merakamkan penghargaan kepada universiti kerana menyokong mewujudkan dataran pelajar ini.
Menurut Ahmad, pusat pengajian juga mengambil inisiatif menubuhkan persatuan alumninya dengan jenama
Kira-kira 100 orang warga pusat pengajian dan kampus kesihatan hadir ke majlis ini. Hadir sama ialah Timbalan Naib Canselor (Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat) Profesor Dato' Dr. Susie See Ching Mey, Pengarah Kampus Kesihatan Profesor Dr. Mafauzy Mohamed, Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan Profesor Dr. Ahmad Sukari Abdul Halim dan Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian Profesor Madya Dr. Adam Hussein.
- Teks & Foto: Mohamad Abdullah
- Created on .
- Hits: 918