USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MAULANA SHEIKH IMRAN NAZAR HOSEIN KE USM SAMPAIKAN SYARAHAN UMUM PERDANA

afsrg

PULAU PINANG, 5 Sept. 2014 – Masyarakat di sekitar wilayah utara diharap tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama mendengar kupasan menarik oleh Sarjana Islam terkemuka, Maulana Sheikh Imran Nazar Hosein yang akan dibawakan khas ke Universiti Sains Malaysia (USM), Selasa depan.

Maulana Sheikh Imran Nazar Hosein akan mengupas topik Islamic Eschatology iaitu ilmu akhir zaman yang merangkumi beberapa sub topik termasuk penerangan khusus di sebalik istilah eschatology, Islam and The end of Time of History, The Emergence of Modern Western Civilization dan sebagainya.

IMG 3073a

Menurut Presiden Liga Muslim Malaysia (LMM), Dato’ Haja Najmudeen Kader, ulamak tersohor itu dibawakan khas ke Pulau Pinang bagi memberi peluang untuk masyarakat Islam dan juga bukan Islam memperoleh ilmu berkaitan fenomena semasa yang berkait dengan dunia akhir zaman.

IMG 3056a

Katanya,  banyak kajian dan pemikiran sarjana ini boleh dijadikan panduan untuk umat Islam, apatah lagi segala ilmu yang dikongsikan berkait rapat dengan kehidupan manusia dan dunia akhir zaman, seperti yang diceritakan dalam al-Quran.

``Beliau juga berupaya merungkaikan sebab-sebab di sebalik kejadian di dunia hari ini menjadi sumber inspirasi buat golongan Islam kerana beliau menggunakan kaedah penafsiran ilmiah al-Quran dan hadith,’’ ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas mengumumkan program tersebut yang akan diadakan di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), USM Pulau Pinang pada 9 September 2014 jam 8.00 malam.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Pemangku Naib Canselor, Profesor Dato’ Ahmad Shukri Mustapa Kamal.

A3 IEposter copy

Dalam pada itu, sedikit mengenai latar belakang Maulana Sheikh Imran NAzar Hosein, beliau di lahirkan di Trinidad yang terletak di kepulauan Caribbean pada tahun 1942. Keluarganya berasal dari India yang datang bekerja sebagai buruh di sana. Beliau merupakan graduan dari Institut Aleemiyah di Karachi.

Selain dari itu beliau juga graduan dari beberapa Universiti termasuk Universiti Karachi, Universiti West Indies, Universiti Al Azhar dan Institut Hubungan Antarabangsa yang bertempat di Switzerland.Beliau bertugas selama beberapa tahun sebagai pegawai kedutaan di Jabatan Perhubungan Antarabangsa dengan kerajaan Trinidad dan Tobago. Tetapi beliau telah meletakkan jawatan pada tahun 1985 demi untuk menumpukan sepenuhnya kepada kerja-kerja dakwah.

Beliau telah mengarang lebih dari 12 buah buku dalam topik Islam dan mendapat banyak pengiktirafan. Bahkan buku "Jurusalem dalam Quran - Pandangan Islam terhadap halatuju Jurusalem atau "Jerusalem in the Qur'an - An Islamic View of the Destiny of Jerusalem " telah menjadi buku jualan terlaris dan telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa. Teks: Marziana Mohamed Alias/Foto: Mohd. Fairus Md.Isa


  • Created on .
  • Hits: 2576

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024