USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KOR SUKARELAWAN USM BANTU JEMAAH HAJI

IMG-20140907-WA0004

PULAU PINANG, 7 September 2014 - Kor Sukarelawan Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi menghantar pasukan sukarelawan yang terdiri daripada para pelajar dan staf Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (BHEPP) bagi membantu Tabung Haji menguruskan jemaah haji ke Tanah Suci Mekah dalam Program TAHA@USM 2014.

Menurut Timbalan Pendaftar (BHEPP), Haji Husin Yahaya, seperti program-program sebelum ini, TAHA@USM 2014 dibahagikan kepada dua fasa iaitu Fasa 1 yang melibatkan urusan sebelum berlepas dan Fasa 2 melibatkan urusan menyambut ketibaan jemaah kelak.

IMG-20140907-WA0008

Menurutnya, pada tahun ini, sejumlah 20 orang pelajar menyertai misi Fasa 1 yang membabitkan enam sesi penerbangan ke Mekah iaitu pada 5,7,8,12,20 dan 21 September bertempat di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas, Pulau Pinang manakala Fasa 2 pula dijangka berakhir sepenuhnya pada akhir Oktober nanti selepas semua jemaah selamat tiba di Tanah Air.

Misi kali ini diketuai oleh Yang Dipertua Kor Sukarelawan USM, Saudara Norazamy Syawal bin Ramli dan dibantu oleh Penolong Pegawai Kebudayaan BHEPP, En. Mohamad AlHafiz dan staf Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Sahsiah Pelajar (PPKSP) BHEPP.

IMG-20140907-WA0012

"Antara tugasan yang dijalankan sepanjang menyertai misi sukarelawan ini termasuklah membantu mengangkat bagasi jemaah dan menguruskan pendaftaran para jemaah sebelum berlepas ke Tanah Suci," kata Hj. Husin.

Untuk rekod, ini merupakan tahun ketiga Kor Sukarelawan USM menjalin kerjasama dengan Tabung Haji dalam menjayakan Program TAHA@USM dan mendapat sokongan penuh daripada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar sejak dilancarkan pada 2012. - Foto: Hj. Husin Yahaya

  • Created on .
  • Hits: 1032

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024