USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN 1 RASMI PERSIDANGAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU KALI KEDUA 10 SEPTEMBER 2014

Timbalan Menteri Pendidikan 1 Y.B Datuk Mary Yap Kain Ching akan merasmikan Persidangan Kedua Program Pemindahan Ilmu atau Knowledge Transfer Program (KTP) pada hari Rabu, 10 September 2014 jam 8.30 malam di Hotel Marriott Putrajaya.

Seramai lebih 300 orang peserta akan menghadiri Persidangan selama tiga hari bermula 9 September 2014 yang bertemakan ““Enhancing Knowledge Transfer Towards Well Being of The Nation”  ini yang melibatkan para pensyarah dari universiti-universiti tempatan, wakil-wakil industri dan wakil komuniti.

Persidangan ini mengetengahkan hasil usaha yang dilakukan yang melibatkan kepakaran universiti-industri-komuniti yang bekerjasama melaksanakan pelbagai program untuk faedah masyarakat.  Uniknya KTP ialah gabungan kerjasama pintar termasuk dari segi dana yang melibatkan dari pihak Kementerian Pendidikan dan kerajaan dengan industri bagi melaksanakan program pemindahan ilmiu untuk masyarakat.

Antara yang membentangkan kertas kerja ialah Pengarah Eksekutif Steinbeis Malaysia Foundation Dr. Abdul Reezal Abdul Latif pada 9 September 2014 jam 9.15 pagi dan Naib Canselor USM Profesor Dato’ Dr. Omar Osman yang akan membentang kertas kerja pada Rabu, 10 September 2014, jam 9.00 pagi.

KTP merupakan salah satu inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMK-10) yang akan memberi impak tinggi kepada kerjasama industri/komuniti bersama akademia.

Sebanyak 349 projek Program Pemindahan Ilmu bagi Pelan "Rolling" Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat telah diluluskan bagi pelaksanaan bermula sejak tahun 2011.Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 839

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024