USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PAUSM ANJUR PERJUMPAAN MINDEN PIONEERS CLASS OF ‘74

090914-1

KUALA LUMPUR, 7 September 2014 - Lebih 100 orang alumni terawal Universiti Sains Malaysia (USM) mengadakan perjumpaan semula untuk mengeratkan silaturrahim.

"Ini merupakan penganjuran terbaik yang pernah kita lakukan," kata Presiden Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM) Mohamed Talhah Idrus dalam ucapan pembukaanya.

Mengambil tanda aras kehadiran dan sumbangan hasil jualan meja dan sumbangan peribadi yang diterima oleh peserta yang hadir, penganjuran Minden Pioneers Class of 74 ini juga meraikan ulang tahun yang ke-40 graduan '74.

090914-2

Program berlangsung di Royal Commonwealth Society (RCS), Bukit Damansara, Kuala Lumpur berjaya mengumpul seramai 103 alumni graduan tahun 1973-1975 yang telah berkecimpung dan menyumbang jasa pada negara dalam pelbagai bidang.

Kumpulan muzik Tabula Rasa yang ditubuhkan semasa mereka masih belajar di kampus USM diketuai oleh Hamdan Omar menghiburkan tetamu.

Kumpulan ini merupakan kumpulan muzik dari USM yang paling lama di universiti dan masih aktif sehingga kini.

Bercakap tentang maksud sebenar nama kumpulan "Tabula Rasa" ini, Hamdan berkata "ia merupakan perkataan latin yang bermaksud kanvas kosong, falsafahnya bermaksud bersih dan suci.

14

"Dalam menempuhi perjalanan hidup sama ada di dalam kampus mahupun di luar kampus, kita dan rakan-rakan akan mencorakkannya," kata Hamdan.

Turut hadir dalam program tersebut ialah mantan Naib Canselor USM, Tan Sri Musa Mohamed dan Tan Sri Dzulkifli A. Razak serta mantan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negara, Tan Sri Rastam Mohd Isa yang juga salah seorang ahli Tabula Rasa. ​- Teks: Siti Zaharah Jemaron/Foto: Siti Faizah Abdul Halim

  • Created on .
  • Hits: 876

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024