MANFAATKAN PENGALAMAN DI KEM PIMPIN UNTUK KEHIDUPAN
SUNGAI SIPUT, PERAK, 13 SEPTEMBER 2014 - Mahasiswa diseru untuk memanfaatkan pengajaran yang dapat dalam PIMPIN untuk digunakan dalam kehidupan harian di kampus.
Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato' Dr. Omar Osman berkata, pelbagai kemahiran yang dipelajari sepanjang mengikuti PIMPIN SISWA sewajarnya dapat membantu semua mahasiswa umtuk mengasah bakat kepimpinan, berkomunikasi, berinteraksi serta lebih berdisiplin dalam merancang masa hadapan yang bermula dari kampus universiti.
Beliau berucap semasa bertemu peserta PIMPIN SISWA ketika mengadakan kunjungan ke Kem Cinta Alam Kelimat Perik Perak yang disertai oleh 119 orang mahasiswa baharu.

"Jangan hanya mengejar kecemerlangan akademik yang tinggi dengan mata maksimum dan mengabaikan kemahiran-kemahiran lain yang juga penting untuk masa hadapan termasuk untuk menghargai kepelbagaian bahasa, budaya dan lain-lain kerana pada akhirnya yang diinginkan ialah sama sahaja dalam kalangan siswazah iaitu kemahiran-kemahiran yang juga sama penting dengan pencapaian akademik yang tinggi,"kata Omar.
Tambahnya lagi, mahasiswa perlu melihat jauh ke hadapan untuk berjaya dalam hidup.
Naib Canselor disambut oleh Komandan Kem Dr. Nazaruddin Zainon.
Nazaruddin yang juga Pengarah Pembangunan Pelajar (Hal-Ehwal dan Pembangunan Pelajar) USM berkata, keseluruhannya Program PIMPIN SISWA Keenam ini melibatkan mahasiswa baharu ketiga-tiga kampus yang berjalan serentak di 9 kem termasuk 2 kem untuk Kampus Kesihatan.
"Kampus Induk dan Kampus Kejuruteraan minggu ni terdapat 828 orang menyertainya dengan jumlah keseluruhan 4 siri di Kampus Induk dan Kejuruteraan serta 2 siri untuk Kampus Kesihatan disertai oleh seramai kira-kira 3,900 orang yang dibantu oleh 350 orang fasilitator," jelas Nazaruddin.
Naib Canselor kemudiannya menyertai para peseta melakukan beberapa aktiviti bersama.
Teks: Mohamad Abdullah Foto: Mohammad Shafiq Abdul Aziz
- Created on .
- Hits: 1122