GSB USM TUAN RUMAH "ASEAN GRADUATE BUSINESS AND ECONOMICS PROGRAMME (AGBEP) 14TH ANNUAL MEETING"
PULAU PINANG, 15 September 2014 - ASEAN Graduate Business and Economics Programme atau AGBEP Network (AUN BE) yang ditubuhkan untuk Program Perniagaan dan Ekonomi dalam kalangan universiti-universiti ASEAN melalui ASEAN University Network (AUN) akan mengadakan mesyuaratnya yang ke-14 di Dewan Persidangan Universiti, USM Pulau Pinang pada 8 dan 9 Oktober ini.
Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (GSB) Universiti Sains Malaysia (USM) akan menjadi tuan rumah mesyuarat ini.
AGBEP bertujuan untuk mempromosi dan memperkukuhkan hubungan dalam kalangan ahli-ahali akademik, sarjana dan pelajar dalam bidang perniagaan dan ekonomi, meningkatkan kualiti program ijazah tinggi yang berkaitan dengan perniagaan dan ekonomi di dalam kalangan universiti yang menjadi ahli AUN serta mengantarabangsakan program perniagaan dan ekonomi dalam kalangan siswazah dalam negara serantau dan dunia.
AGBEP dianggotai oleh 18 buah Universiti di negara-negara ASEAN. Mesyuarat tahunan kali ini akan dipengerusikan oleh Dekan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Gadjah Mada (FEB-UGM) Indonesia.
- Created on .
- Hits: 936