USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SUKARELAWAN USM BANTU JEMAAH HAJI

170914-1
 
PULAU PINANG, 15 September 2014 – "Saya bangga melakukan kerja-kerja amal seperti ini. Diharapkan satu hari nanti saya juga berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah. Doakanlah saya."
 
Harapan menggunung Nurul Shahida Zainal Abidin, 22, mahasiswa tahun tiga dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan ini sememangnya dapat ditelah kerana dia antara dua puluh orang sukarelawan Universiti Sains Malaysia (USM) yang bertungkus lumus membantu jemaah haji sebelum mereka berangkat menunaikan rukun islam kelima itu.
 
IMG 3538
 
Menurut Nurul Shahida lagi, tatkala mendapat tahu tentang program sebegini melalui rakan-rakan, dia tidak sabar untuk melibatkan diri secara langsung kerana tahu peluang sebegini tidak mungkin senang diperoleh sebaik tamat pengajian nanti.
 
"Walaupun bertugas siang dan malam, adakalanya sampai ke pagi, saya ketepikan rasa penat dan mengantuk hanya untuk memastikan jemaah haji mendapat layanan sebaiknya."
170914-2
 
170914-3
 
Tambah mahasiswa jurusan Sains Politik ini, proses kerja bermula sebaik jemaah haji tiba di Hotel Tabung Haji, sehari sebelum penerbangan mereka.
 
"Saya dan rakan-rakan akan membantu mereka memunggah barangan dari kenderaan, mengangkut beg-beg ke balai yang disediakan, menyediakan tag nama, mengemaskini nombor bilik dan bas bagi memudahkan pergerakan jemaah di sini."
170914-4
 
"Kemudiannya, pihak pengurusan Lembaga Tabung Haji, dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Penang Airport Sdn.Bhd akan terus melakukan imbasan bagasi kerana proses seumpama ini tidak akan dilakukan lagi di lapangan terbang."
 IMG 3506
Sementara itu, menurut Roseli Din, Penolong Pengarah Operasi dari Lembaga Tabung Haji, dianggarkan seramai lebih kurang 1300 jemaah haji berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang (LTABLPP).
 
170914-5
 
170914-6
 
"Ini merangkumi juga jemaah dari beberapa negeri seperti Perlis dan Kedah."
 
"Dijadualkan ada 6 penerbangan yang akan berlepas dari LTABLPP iaitu pada 5 September lalu, diikuti pada 7, 8, 12 September dan dua penerbangan yang terakhir ialah pada 20 dan 21 September nanti."
 IMG 3504
Bagi salah seorang jemaah haji, Che Hassan Che Ani, 60, bantuan yang diberikan oleh sukarelawan USM adalah sangat efektif.
 
"Mereka membantu saya dan isteri dari mula menjejakkan kaki di Tabung Haji sehinggalah kami masuk ke bilik yang telah disediakan," kata Che Hassan yang akan berangkat ke tanah suci besama isteri beliau, Che Asiah Hassan, 60.
170914-7
 
"Kami berasa amat selesa dengan layanan yang baik daripada semua petugas Tabung Haji dan juga Sukarelawan USM dan berharap kerja-kerja amal pelajar seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan," tambah Che Hassan yang berasal dari Kulim, Kedah.
 IMG 3590
Zaini Md Noor, 63 pula berharap urusan mengerjakan rukun islam kelima itu akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.  dan dapat diselesaikan semuanya.
 
"Alhamdulillah saya dijemput olehNya dan dapat menunaikan fardhu haji setelah tujuh tahun berdaftar bersama suami untuk ke tanah suci," tambah beliau ditemani suami, Jamaludin Ahmad, 62 dan lima orang anak serta menantu dan cucu.
 
Teks : Nor Rafizah Md Zain/Suhaili Mohd Zaini/Mohamad Danial Shahri / Foto: Mohd Fairus Md Isa
  • Created on .
  • Hits: 1616

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024