AHLI MAJLIS APUCEN 2014/2017 TERUSKAN LEGASI
PULAU PINANG, 22 September 2014 – Ahli Majlis Asia-Pacific Community Engagement Network (APUCEN) buat kali keduanya dilantik di kalangan institusi pengajian tinggi di rantau Asia Pasifik bagi tempoh tiga tahun iaitu bagi 2014/2017 bagi meneruskan legasi pimpinan 2011/2014 dalam program libatsama komuniti.
Buat pertama kalinya, proses pemilihan atau pengundian untuk memilih jawatankuasa di buat secara atas talian yang dibangunkan oleh Sekretariat 2nd APUCEN Summit 2014.
Kyoto University of Foreign Studies (KUFS), Jepun telah dipilih sebagai Timbalan Presiden di bawah pimpinan Presiden tetap Universiti Sains Malaysia (USM) iaitu Profesor Dato’ Dr Omar Osman.
Menurut Presiden yang juga Naib Canselor USM, ahli majlis ini bertindak merapatkan hubungan semua negara di rantau ini serta memperkembangkan usaha penglibatan masyarakat dan komuniti jalinan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi.
“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli majlis APUCEN 2011/2014 yang telah menjalankan tugas yang sempurna serta meletakkan satu tahap lebih tinggi dalam libatsama komunti,” ujar Presiden APUCEN semasa Majlis Makan Malam sempena 2nd APUCEN Summit 2014 yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan II, YB P. Kamalanathan P. Panchanathan.
2nd APUCEN Summit 2014 telah dihadiri oleh 85 orang wakil-wakil universiti termasuk 11 orang Naib Canselor, Rektor dan Presiden institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara.
Senarai penuh ahli majlis APUCEN 2014/2017 adalah seperti berikut :-
PRESIDEN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
TIMBALAN PRESIDEN
KYOTO UNIVERSITY OF FOREIGN STUDIES, JEPUN
AHLI MAJLIS
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK, MALAYSIA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA, MALAYSIA
UNVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, MALAYSIA
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, MALAYSIA
AUSTRALIAN COLLEGE OF APPLIED PSYCHOLOGY, AUSTRALIA
THE UNIVERSITY OF QUEENSLAND, AUSTRALIA
UNIVERSITY OF SOUTHERN QUEENSLAND, AUSTRALIA
UNIVERSITAS ANDALAS, INDONESIA
KYOTO UNIVERSITY OF FOREIGN STUDIES, JEPUN
CHIANG MAI UNIVERSITY, THAILAND
THAMMASAT UIVERSITY, THAILAND
Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohs Fairus Md Isa
- Created on .
- Hits: 883