BINA JATI DIRI DAN KUKUHKAN PRESTASI - NC
PULAU PINANG, 26 SEPTEMBER 2014 – Binalah jati diri dan kekuatan yang dimiliki agar dapat sekaligus mengukuhkan prestasi demi bersama-sama membangunkan universiti dan pelajar USM dilihat sebagai contoh kepada orang lain yang sentiasa memerhati.
Demikian harapan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato' Dr. Omar Osman yang inginkan agar pelajar-pelajar baharu berusaha membina kekuatan diri agar menjadi contoh bukan sahaja untuk diri sendiri, malah keluarga, institusi dan negara keseluruhannya.
Bercakap ketika merasmi dan melepaskan kumpulan akhir peserta Program PIMPIN Siswa di Padang Kawad tadi beliau berkata, setiap pelajar yang menyertai program ini harus memiliki kesungguhan untuk mencemerlangkan diri selepas kembali ke USM.
"Pengalaman berharga yang dimiliki sepanjang program di sana harus digunakan sebaik mungkin, dan ingatlah tanggungjawab anda selepas ini adalah memastikan anda mampu menjadi contoh terbaik buat pelajar lain seterusnya berbaktilah untuk universiti"
Hadir sama ialah Profesor Dr. Adnan Hussein, Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar dan Dr. Nazarudin Zainon, Pengarah Pejabat Pembangunan Pelajar serta pegawai-pegawai utama universiti.
Program PIMPIN Siswa Sidang Akademik 2014/2015 Siri keenam minggu keempat ini diad akan pada 26-28 September 2014 yang disertai oleh 948 orang pelajar dari Pusat Pengajian Sains Matematik, Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral dan Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat.
Kem yang terlibat kali ini adalah melibatkan dua buah negeri iaitu iaitu di Kedah meliputi Kem Seri Ternas Lake Resort, Sik Kedah seramai 123 orang, Kem Motivasi Cikgu Aziz @ Perik II, Kuala Nerang kedah seramai 142 orang, Kem Lestari Alam Sekitar (PALAS), Yan Kedah seramai 122 orang dan Kem Warisan Ayahanda , Yan Kedah seramai 142 orang
- Created on .
- Hits: 1244