USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM RAIH TEMPAT KETIGA DALAM OIC 2014

oic1

PULAU PINANG, 29 Sept. 2014 – Sekumpulan pelajar gabungan dua pusat pengajian (PP) iaitu PP Perumahan, Bangunan dan Perancangan (PPPBP) dan PP Kejuruteraan Awam (PPKA) berjaya meraih tempat ketiga dalam pertandingan Open Idea Competition (OIC) 2014 yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pertandingan berprestij anjuran Malaysian Structural Steel Association (MSSA) dan Construction Industry Development Board (CIDB) dibuat bersempena International Construction Week 2014, yang dihadiri oleh pemian-pemain utama sektor pembinaan negara dan juga akademia.

Kemenangan tersebut sekaligus membolehkan para peserta membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan diraikan dalam satu jamuan makan tengahari bersama pihak media di ibu negara.

Kumpulan pemenang diwakili oleh Muhammad Firdaus Bin Ariffin, Beh Hong Bing, Jonathan Tin Yuan dan Suhailah Bt. Hamizo, pelajar Jurusan Senibina dari PPPBP, sementara Siti Syahirah Bt. Rahim dan Teng Jun Geng ialah pelajar dari PPKA.

oic2

Pertandingan ini bertujuan untuk merapatkan jurang antara pengajian senibina dan kejuruteraan struktur. Pertandingan yang berorientasikan pelajar MSSA/CIDB pada tahun ini memberi peluang untuk para pelajar merekabentuk Innovative Community-Disaster Convertible Centre (iC-Dcc).

Konsep asal iC-Dcc adalah untuk menyediakan pusat komuniti bagi penduduk kampung, luar bandar dan bandar yang mana ia mesti bercirikan kepada satu objektif iaitu sebagai pusat sehenti/dewan serbaguna ketika berlakunya bencana alam.

Dalam kata lain, pusat tersebut akan beroperasi seperti pusat komuniti yang lain pada hari-hari biasa namun jika berlaku sebarang bencana seperti banjir, jerebu, ribut, tanah runtuh, epidemik dan sebagainya, ia boleh ditukarkan menjadi tempat perlindungan bencana dan ia perlulah berfungsi sebagai 'Penginapan sementara untuk Mangsa Bencana' dan juga tapak ‘Operasi dan Pengagihan'. Teks: Marziana Mohamed Alias/Foto: Ehsan PPPBP

  • Created on .
  • Hits: 768

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024