USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PEGAWAI MUDA DIRAI SEMPENA MAKAN MALAM REJIMENTAL PALAPES USM

260914-30

PULAU PINANG, 29 Sept. 2014 – Para pegawai muda dari pasukan Pegawai Kadet Pasukan Latihan Simpanan (PALAPES), Universiti Sains Malaysia (USM) diraikan sempena Majlis Makan Malam Rejimental PALAPES USM di sini baru-baru ini.

Komandan Kehormat PALAPES yang juga Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman hadir bagi meraikan pegawai-pegawai muda yang telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam majlis pentauliahan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak Ogos lalu.

DSC 7064

Beliau dalam ucapannya berkata, USM berbangga dengan pencapaian yang diraih oleh para pegawai muda dan menyifatkan matlamat utama penubuhan PALAPES di institusi pengajian tinggi telah mencapai sasarannya.

Katanya, segala aktiviti berunsur ketenteraan yang dijalankan dalam tempoh pengajian mereka telah berupaya memperkukuhkan semangat patriotik, jati diri serta membentuk disiplin dan sahsiah yang tinggi dalam kalangan mahasiswa.

260914-31

``Dalam usaha semua pihak menyediakan generasi baru yang berkeperibadian tinggi hari ini, pemantapan minda dan fizikal haruslah diutamakan bagi membolehkan mereka mampu amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

``Selain dari semangat keperwiraan yang ditonjolkan, pegawai-pegawai muda perlulah sentiasa mendorong diri mereka untuk meningkatkan lagi semangat waja diri masing-masing,’’ katanya.

260914-32

Hadir sama ke majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (TNC) Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dato’ Dr. Muhammad Jantan, TNC Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, TNC Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar, Profesor Adnan Hussein dan sebagainya.

Omar juga turut menyentuh mengenai matlamat negara yang ingin melahirkan pegawai-pegawai tentera yang berpendidikan serta mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang ketenteraan dan juga teknologi.

260914-33

 

DSC 7134

``Oleh itu pegawai-pegawai muda harus membuktikan bahawa diri anda adalah yang terbaik kerana mempunyai kelebihan khususnya dari sudut ilmu ketenteraan yang penuh disiplin, daya tahan, semangat juang serta semangat berpasukan berbanding yang lain,’’ ujarnya. Teks: Marziana Mohamed Alias/Foto: Mohd. Azrul Mohd Azhar

 

 

  • Created on .
  • Hits: 1274

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024