USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MALAYSIA – THAILAND KUKUH HUBUNGAN MELALUI SUKAN

260914-20

PULAU PINANG, 30 September 2014 – Malaysia dan Thailand mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan sedia ada melalui 7th Malaysia-Thailand University Games (MTUG) 2014 yang diadakan di Universiti Sains Malaysia(USM) baru-baru ini.

“Saya percaya dengan pengiktirafan oleh pihak kerajaan kedua-dua buah negara kita akan dapat mempromosikan pembangunan intelektualisme pelajar dan kemahiran dalam sukan dan budaya secara konsisten,” ujar Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman ketika merasmikan karnival tersebut di Hotel Equotorial, Pulau Pinang.

260914-21

“Saya juga berharap kedua-dua pihak akan bekerjasama dengan lebih rapat lagi untuk mencapai objektif yang ditetapkan iaitu merapatkan hubungan serta mewujudkan jaringan dan kerjsama  antara kedua-dua buah negara jiran ini,” tambah Naib Canselor.

Menurut Timbalan Setiausaha Agung, Pejabat Suruhanjaya Pendidikan Tinggi Thailand (PSPTT) Varaporn Seehanath program sebegini dapat menyerlahkan lagi potensi dan juga bakat seseorang atlet itu di peringkat antarabangsa.

“KerajaanThailand sangat memberikan galakan kepada semua para pelajar untuk mengambil bahagian dalam acara seperti ini,” tambah Varaporn.

260914-22

Malaysia dan Thailand menghantar lebih kurang 150 orang atlet bagi bertanding dalam empat jenis sukan termasuk petanque (lelaki/wanita), rugby, futsal (wanita), golf (pelajar/kenamaan) dan juga persembahan kebudayaan yang diwakili oleh para pelajar institut pengajian tinggi.

Acara tahunan ini adalah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan USM dilantik sebagai tuan rumah.

260914-23

IMG 4792a

Turut hadir ialah  Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Tan Sri Datuk Dr Zulkefli A.Hassan, Setiausaha Agung PSPTT Profesor Madya Kamjorn Tatiyakavee, Pengerusi bersama Jawatankuasa Induk MTUG, Profesor Dr Adnan Hussein dan Hazally Jali serta pegawai-pegawai utama KPM , USM dan juga kerajaan Thailand. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 979

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024