USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KENALI DAN FAHAMI BUDAYA JEPUN DI USM JAPAN FESTIVAL 2014

240914-3

PULAU PINANG, 2 Oktober 2014 – “Saya menggalakkan lebih banyak program kebudayaan sebegini diadakan kerana ia mengajak para mahasiswa mengenal keunikan budaya luar dan dalam masa yang sama menghargai tradisi sendiri,” kata Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Adnan Hussein, sewaktu ucapan perasmian USM Japan Festival 2014 (USMJF2014). 

“Ia bukan sekadar platform bagi mempamerkan pelbagai jenis persembahan Jepun malah turut memberikan kefahaman yang mendalam serta menghormati perbezaan budaya yang ada di dunia ini,” kata pengarah projek USMJF2014 Tan Lee Kiong.

240914-2

Festival ini bertemakan ‘Haru’ atau ‘Musim Bunga’ yang merupakan musim tercantik di Jepun dan bersimbolkan permulaan baru ke arah sesuatu yang hebat. Program anjuran Persatuan Bahasa Jepun USM tersebut diadakan selama lima hari di Dewan Utama Pelajar, USM baru-baru ini.

“Kami memperoleh pengalaman yang hebat dan seronok menyertai festival ini kerana dapat belajar budaya Jepun,” kata pelajar tahun dua jurusan Pengurusan USM, Lai Ley Cheng.

240914-1

“Selain memperagakan pakaian tradisional Jepun seperti Yukata dan Kimono, kami juga turut mempelajari tarian jepun dan berlatih selama sebulan untuk mempersembahkan tarian tradisional yang menggunakan lagu tema animasi Jepun iaitu ‘Pokemon’ dan lagu Melayu ‘Rasa Sayang’, tambah Lai.

“Saya akhirnya tahu bagaimana cara memakai Yukata dengan cepat kerana sebelum ini saya mengambil masa hingga setengah jam untuk memakainya,” kata Pengacara majlis Edwin The.

Seterusnya diadakan ‘Cosplayer Roadshow’ yang mana pelajar memperagakan kostum anime-anime terkenal di Jepun serta melawat pameran yang menunjukkan pelbagai permainan dan juga pakaian-pakaian tradisional.

240914-4

Festival yang bermula pada 1-5 Oktober ini menyediakan aktiviti seperti persembahan Kotekitai (kumpulan muzik Jepun), Shategi (permainan tradisional Jepun), Pertandingan Melukis Anime, demonstrasi origami dan pelbagai lagi aktiviti menarik.

Turut hadir ialah Presiden Persatuan Malaysia Jepun, Vallen Chew dan Presiden Penang Island Cosplay Organization, Kaneshiro Ibuki. Teks: Suhaili Mohd Zaini / Foto: Mohd Fairus Md Isa & Mohamad Danial Shahri

  • Created on .
  • Hits: 1421

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024