USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

FAHAMI KEPELBAGAIAN BUDAYA DUNIA HADAPI CABARAN MASA HADAPAN

131014-10

PULAU PINANG, 14 Oktober 2014 – Mahasiswa perlu memahami kepelbagaian budaya negara dunia untuk menghadapi cabaran masa hadapan. 

Hal ini dinyatakan oleh Pemangku Naib Canselor Universiti Sains Malaysia USM) Profesor Dato' Dr. Muhamad Jantan ketika merasmikan USM International Week 2014 di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) di sini yang berlangsung sehingga 17 Oktober ini. 

"Di kampus ini sahaja terdapat begitu besar kumpulan pelajar antarabangsa dari pelbagai negara untuk dikongsi pelbagai budaya yang ada apatah lagi dengan adanya kerjasama oleh pelbagai kedutaan luar yang menunjukkan sokongan padu terhadap aktiviti seperti ini," kata Muhamad. 

USM International Week mengumpulkan pelajar dari lebih 30 negara yang mempamerkan kepelbagaian budaya yang bersatu di bawah satu platform yang membolehkan mereka saling memahami, menyediakan satu ekosfera sihat untuk pengukuhan kemakmuran dan dan perdamaian apatah lagi dalam kalangan pelajar rantau ASEAN yang berkongsi budaya dan aspirasi bersama. 

"Saya berbangga melihat pelajar USM bekerja keras  menjayakan pelbagai program termasuk Minggu Antarabangsa Kesembilan ini," kata Muhamad. 

Program ini dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Siswazah, Institut Pengajian Siswazah, Pelajar Tanpa Asrama (PETAS), Pejabat Komunikasi Strategik dan Pejabat Antarabangsa USM.  

131014-11

Menurut Pengarah Pejabat Antarabangsa,  Profesor Madya Dr. Anees Janee Ali program ini disertai oleh para peserta yang terdiri daripada pelajar dan perwakilan beberapa negara seperti India, Nigeria, Iraq, Indonesia, China, Thailand, Arab Saudi, Palestin, Brunei, Rusia, Jepun, Korea dan beberapa negara lain. 

"Kehadiran tersebut menjadikan penyertaan berjumlah lebih 1,000 peserta termasuk pelajar dari USM dan universiti-universiti lain dari negara-negara Asia dan saya berharap  agar pelajar-pelajar kita boleh mempelajari budaya antarabangsa untuk lebih memahami, menghargai, menghormati dan membangun bersama," kata Anees.  

Antara aktiviti aktiviti yang diadakan ialah Cultural Attache' Talk, Pameran Budaya, Cultural Games, Cultural Painting Competetion, Cultural Movie Festival, Cultural Food Festival dan kemuncaknya International Gala Night pada 17 OKtover 2014, jam 8.00 malam di Dewan Tuanku Syed Putra yang menggambungkan persembahan oleh para pelajar dari negara Jepun, Korea, China, Thailand, Mlaysia, Indonesia, Asia Barat, Eropah dan Russia.​ Teks: Suhaili Mohd Zaini/ Foto: Yong Check Yoon 

  • Created on .
  • Hits: 949

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024