USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KONVOKESYEN USM KE-50: ADIK BERADIK DAN SUAMI ISTERI ANTARA YANG BERGRADUASI

IMG 2822

PULAU PINANG, 9 November 2014 – Hari konvokesyen adalah hari yang ditunggu oleh setiap siswa dan siswi di institusi pengajian tinggi. Bagi pasangan adik beradik Daviinder Raj Siva Sankar dan Prabu Siva Sankar hari konvokeseyen mereka adalah hari yang paling manis kerana dapat bergraduasi bersama di Upacara Konvokesyen ke-50 Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini. 

Daviinder, 27 graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Elektronik) sangat terkejut apabila melihat nama beliau dan adiknya di pengumuman upacara konvokesyen di laman sesawang USM.  

“Saya mendaftar masuk ke USM pada tahun 2010 manakala adik saya pada tahun 2011, namun tidak menyangka dapat bergraduasi bersama dalam upacara konvokesyen ke-50. Lebih menggembirakan kami dianugerahkan ijazah dalam sidang yang sama,” ujar Daviinder.

Apabila ditanya mengenai pengalaman manis ketika berada di USM, Prabu berkata para pensyarah adalah sahabat yang paling rapat dengannya.

“Pendekatan yang digunakan oleh para pensyarah menjadikan para pelajar lebih dekat dengan mereka serta berkongsi pelbagai pandangan samada akademik atau pun bukan akademik,” tambah Prabu,23 graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Bioteknologi).

Menurut ibu mereka yang juga staf di Seksyen Data dan Rekod USM, Santhi Munusamy, beliau bertanggungjawab untuk memberikan panduan untuk pemilihan kursus pengajian.

“Namun saya tidak mewajibkan mereka  untuk memilih USM, pemilihan universiti adalah mengikut kesukaan dan pilhan masing-masing,” ujar Santhi ditemani suami tercinta, Siva Sankar Sinniah dan anak kembar perempuan yang juga sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengurusan di USM.

Selain mereka, turut bergraduasi adalah dua pasang suami isteri bagi kursus Ijazah Sarjana Muda Sastera melalui pengajian jarak jauh.

20141108 114640 a

Amirizam Mustaffa dan isteri Zamani Omar masing-masing bergraduasi dalam bidang Sejarah dan Geografi sangat gembira dapat menerima ijazah dalam upacara konvokesyen yang sama. Mereka yang bekerja sebagai pendidik tidak mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga walaupun terpaksa berulang-alik ke USM dari Serdang, Kedah untuk menghadiri kelas.

Bagi pasangan Mohamad Ab.Hamid dan Rozaini None masing-masing berumur 41 tahun berharap dapat menyambung pengajian di peringkat sarjana bersama-sama kerana kedua mereka mendapat Ijazah Sarjana Sastera pengkhususan dalam bidang Sejarah.

20141108 115130

“Mengadakan perbincangan dan nota-nota kecil untuk perkongsian bersama adalah pengalaman paling manis ketika menyambung pengajian ini,” ujar Mohamad ketika ditemui bergambar bersama pensyarah mereka dari Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM, Dr Mohamad Muzammil Mohamad Noor. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa 

  • Created on .
  • Hits: 1726

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024