USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM JUARA GIC 2014

IMG 6102

PULAU PINANG, 14 November 2014 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui para pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia (PPKK) telah merangkul kejuaraan dalam pertandingan Global Innovation Challenges (GIC) peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh American Chemical Society (ACS). Pertandingan tersebut dengan tema  “Pendekatan Lestari bagi Keselamatan Air Global” telah diadakan di Universiti Teknologi Malaysia(UTM) pada 8 November 2014 .

Kumpulan pelajar yang menjadi juara terdiri daripada Quah Jia Xin, Nur Dina Zaulkiflee dan Chan Chuh Ying dengan cadangan kajian bertajuk “Penggunaan terapi tanah liat untuk mengatasi masalah eutrofikasi di dalam kolam ikan air tawar”. Dua buah kumpulan lagi menyandang tempat kedua dan saguhati melalui projek bertajuk “Hibrid Tanah Liat-Micelle bagi Rawatan Air Basuhan” dan “Penyingkiran Ammonia berbantukan Bakteria Nitrobacter Aerobik-Anoksik”.

Mereka telah menunjukkan kebolehlaksanaan kajian tersebut dari aspek teknologi dan ekonomi melalui persembahan yang mantap serta disokong oleh data analitikal.

IMG 6104

Pertandingan yang telah dianjurkan secara bersama dengan Pusat Inovasi Pelajar UTM dan Persatuan Air Malaysia ini telah berjaya menarik penyertaan 34 kertas cadangan dari universiti tempatan dan luar negara.

“Pertandingan ini telah berjaya memupuk perkembangan kemahiran insaniah serta mengasah pemikiran kritikal di kalangan peserta. Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada ketiga-tiga pasukan PPKK USM!,”ujar Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan) PPKK, Profesor Madya Dr. Mohd Azmier Ahmad.

IMG 6120

Hadiah kemenangan telah  disampaikan oleh Dekan Fakulti Sains UTM, Prof. Dr. Madzlan Aziz dan Pengerusi ACS Local Chapter Malaysia Dr. Lim Jit Kang. Teks dan Foto: Sumbangan PPKK 

  • Created on .
  • Hits: 968

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024