USM RANGKUL 100% EMAS DALAM INNOVA 2014
PULAU PINANG, 17 November 2014 – Universiti Sains Malaysia(USM) merangkul seratus peratus pingat emas melalui enam produk penyelidikan yang dipertandingkan dalam The World Exhibition on Inventions, Research and New Technologies (INNOVA 2014). USM juga merangkul tiga Anugerah Khas dalam INNOVA 2014 yang telah diadakan di Brussels, Belgium pada 13 hingga 15 November lalu.
Produk penyelidikan Dekan Pusat Pengajian (PP) Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Profesor Dr Hanafi Ismail iaitu r-RubFoam-A Novel Solution For Global Oil Spills menerima Prize of Lublin University of Technology dan Haller Pro Invention Foundation (Poland) selain pingat emas pertandingan.
“INNOVA 2014 adalah pameran inovasi bertaraf dunia yang menghimpunkan ramai penyelidikan daripada Eropah Timur dan hasil penyelidikan USM yang lestari adalah bermula dari sana,” ujar Hanafi yang juga panel pemilihan penyelidikan USM.
Produk lain yang memenangi pingat emas ialah hasil penyelidikan Pensyarah PP Teknologi Industri, Profesor Madya Dr. Baharin Azahari iaitu Green Material from Banana Tree dan Dr Uthumporn Utra @Sapina Abdullah (BISTEA), pensyarah PP Sains Pergigian, Profesor Dr. Ismail Ab Rahman (D-Hybridfil), pensyarah PP Kejuruteraan Awam, Profesor Dr Fauziah Ahmad (USlopeMTM:AN Innovatives Slope Stability Software serta pensyarah PP Kejuruteraan Kimia, Dr Suzylawati Ismail (PAINTOSORPTM-Innovative Solution for Colored Effluent Treatment).
PAINTOSORPTM adalah penghasilan cat yang diilhamkan untuk penjerap warna hasil buangan industri turut menerima Anugerah Khas bidang Kejuruteraan Kimia INNOVA 2014.
Selain itu, Baharin dan Suzylawati turut mendapatkan pengiktirafan daripada Persatuan Inventors Eropah-Perancis.
“Kesemua produk yang menyertai pertandingan ini adalah berdasarkan tema kelestarian dan juga ke arah penjagaan alam sekitar dan waste to wealth,” kata Pengarah Inovasi, Bahagian Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Dr Rahmat Awang.
“Strategi USM menonjolkan keupayaan dalam mempelopori penyelidikan lestari telah menarik ramai pengunjung dalam kalangan industri dan universiti luar. Saya berasa sangat puas hati dan bersyukur dengan kejayaan USM secara keseluruhannya,” tambah Rahmat.
Sementara itu, USM juga merangkul lima pingat emas dan dua pingat perak dalam pameran International Trade Fair Ideas – Invention- New Products 2014 (IENA 2014) yang diadakan di Nuremberg, Jerman. Produk pensyarah PP Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Dr Zaini Abdul Halim iaitu Electronic Kit to Detect Sulphate Reducing Bacteria (EZ SRB Kit) turut memenangi satu anugerah khas teknologi hijau.
Senarai pemenang pingat adalah seperti berikut :-
EMAS
1. Dr. Zaini Abdul Halim - Electronic Kit to Detect Sulphate Reducing Bacteria (EZ SRB Kit)
2. Dr Zaini Abdul Halim - Electronic Pole to Detect Ripeness of Palm Oil Fruits
3. Dr. Aziah Ismail - EZTyphi-Paratyphi DNA-Dipstick
4. Prof. Dr. Abdul Rahman Mohamed - Continuous Production of Carbon Nanotubes using Rotary Reactor
5. Prof. Madya Dr. Srimala Sreekantan - G-COAT - The New Revolution Coating for Glass Era
PERAK
1. Dr. Yam Mun Fei - Eusinorthec: A Novel Anti-Inflammatory Agent
2. Dr. Yam Mun Fei - Stepping Force Analgesic
Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Sumbangan penyelidik
- Created on .
- Hits: 1203