USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM RANGKUL 3 EMAS DAN ANUGERAH KHAS DALAM BIOINNOVATION AWARDS 2014

20141120 173510

KUALA LUMPUR, 20 November 2014 - Universiti Sains Malaysia (USM) merangkul tiga pingat emas, empat pingat perak dan satu pingat gangsa dalam BioInnovation Awards 2014 sempena Pharma+Bio Manufacturing 2014 dan Biotechnology Asia .

Produk penyelidikan, pensyarah Pusat Pengajian Sains Kesihatan Dr Zuraida Zainun yang diberi nama BAL EX Mobile Virtual Room (BEMVR) memenangi pingat emas dan anugerah khas iaitu Best Innovative Invention.

BEMVR adalah sebuah bilik yang dilengkapi dengan sebuah lampu berwarna  warni dan juga alas yang dapat memulihkan keseimbangan sesorang pesakit dengan minimum rawatan selama sejam setiap kali sesi dan minimum empat kali sesi.

"Orang yang biasa mengalami pening atau rasa gelap mata apabila berada dalam suasana yang sibuk seperti di pasar dan kompleks membeli belah adalah sesuai mengikuti terapi ini, " ujar Zuraida ketika ditemui selepas majlis penyampaian anugerah.

"Alhamdulillah dengan rezeki yang diperolehi dan saya sangat terkejut dengan anugerah ini," tambah Zuraida yang juga akan dianugerahkan World Women Scientific Award di Seoul Korea pada bulan hadapan,

20141121 121547

Dua lagi produk yang memenangi pingat emas ialah produk penyelidikan Dekan Pusat Pengajian Teknologi Industri, Profesor Dr. Azhar Mat Easa iaitu Ulam Raja extract: a functional additive for green tea bags dan juga produk pensyarah Pusat Pengajian Sains Farmasi, Profesor Dr.Zhari Ismail iaitu Kelat Paya Waste-to-wealth:Transformation into high value fine.

Produk yang memenangi pingat perak dan gangsa pula adalah seperti berikut:-

PERAK

altAsLU 6-HUbB5vudycYTT5reNZ5FNqxSUAZKT1ARH7whO

20141121 120414

20141121 120426

Dr. Syed A. Ali - L-DNAScreen CRC

Dr. Husnul Azan Tajarudin - Leachate to acetic and butyric acid

Dr. Gan Chee Yuen -PARKIA-BIOPEP

Mohd Azam Osman -M-Health for TB Patients

20141121 122209

GANGSA

Dr. Leo Choe Peng - Golden Glue

USM menghantar 10 penyertaan pada pameran kali ini dan dua lagi penyertaan adalah produk Profesor Madya Dr Putra Sumari iaitu BreCADs : Breast Cancer diognosis System dan juga Dr. Norazura Muhamad Bunnori, GREEN -USM REINFORCEDCONCRETE (GUSMRC).

20141121 122348

USM turut menggondol dua anugerah lain iaitu booth paling kreatif dan juga tempat pertama rekabentuk booth yang menjimatkan ruang.

BioInnovation Awards 2014 adalah acara tahunan yang dinantikan oleh para penyelidik dan anugerah kali ini dianjurkan oleh Professional Trade Exhibition & Meeting Planners dan juga Malaysian Association of Research Scientists dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Teks/Foto: Nor Rafizah Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 1304

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024