USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

DUA KUMPULAN KUALITI TERIMA ANUGERAH INOVASI KPM 2014

DSC 0122

PUTRAJAYA, 20 November 2014 - Dua kumpulan “Innovative and Creative Circle (ICC)” dari Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) apabila menerima tempat pertama dan kedua bagi Anugerah Inovasi sempena  Hari Inovasi KPM.  

Kumpulan ICC Lestari dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) telah di anugerahkan tempat pertama Anugerah Inovasi (Kategori Inovasi Sosial) yang membawa pulang hadiah RM5,000.00 dan piala, manakala Kumpulan ICC Evo Rehab dari Unit Pemulihan Hospital USM mendapat tempat kedua kategori yang sama dengan membawa pulang hadiah RM3,000.00 dan piala.

DSC 0123

Hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin dalam upacara yang berlangsung di Dewan Za’ba KPM, Putrajaya. 

Hadir sama ke majlis tersebut ialah Dekan PPSK Professor Dr. Ahmad Zakaria mewakili Naib Canselor USM, Profesor Dato Dr Omar Osman.  

  • Created on .
  • Hits: 1016

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024