USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

DERMAWAN DISERU SUMBANG KEPADA YAYASAN USM

PULAU PINANG, 26 November 2014 - Para dermawan diseru memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan bantuan terutamanya untuk mengikuti pengajian di universiti dan bagi pelbagai tujuan lain termasuk penyelidikan melalui Yayasan USM.

Pengurus Yayasan USM, Mohd Rashid Abdul Rejab berkata, "soft launching" Yayasan USM telah dibuat oleh Pro Canselor yang juga Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan USM Tan Sri Datuk Mustafa Mansur pada 6 November lalu.

"Serentak dengan itu Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Yayasan USM menubuhkan Tabung Biasiswa/Dermasiswa Kasih USM (TBDK USM) yang bertujuan membantu meringankan kos yuran pengajian dan kos sara hidup pelajar-pelajar yang tergolong dalam kategori keluarga yang  berpendapatan di bawah RM1,000 sebulan," jelasnya lagi.

Pada masa ini terdapat sekurang-kurangnya 130 orang pelajar di USM yang memerlukan bantuan dana bagi mengikuti pengajian dalam pelbagai kursus pengajian.

Tambah Mohd Rashid, mereka yang ingin memberikan boleh berbuat demikian melalui potongan gaji secara bulanan, sumbangan tunai atau cek atau secara atas talian dengan melayari laman sesawang www.yayasan.usm.my (Klik pada gambar yang di atasnya tertulis tajuk "Dermasiswa Kasih USM").

"Begitu juga maklumat sumbangan-sumbangan untuk pelbagai tujuan lain melalui Yayasan USM boleh diperolehi di laman sesawang yang sama," katanya lagi.

Maklumat lanjut boleh hubungi Mohd Rashid di talian 04-653 6281 atau emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

  • Created on .
  • Hits: 977

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024