USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

IDMAC 2014: MEDAN CENDEKIAWAN BINCANG ISU EK0NOMI POLITIK ISLAM

isdev1

PULAU PINANG, 9 Disember 2014 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) buat kali kelapan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Pengurusan Pembangunan Islam atau ISDEV International Conference on Islamic Development Management (IDMAC 2014).

“Harapan saya melalui persidangan kali ini ISDEV akan menghasilkan beberapa buku yang disunting oleh kertas kerja yang dibentangkan serta mengenai penglibatan kita dalam pembangunan ekonomi islam,” kata Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr Omar Osman ketika merasmikan IDMAC 2014 di sini hari ini.

“IDMAC 2014 juga adalah medan pengumpulkan para cendekiawan dari dalam dan luar negara bagi membincangkan tema persidangan iaitu Ekonomi Politik Islam,” ujar Naib Canselor

“ISDEV ada menjalankan beberapa bidang penyelidikan melalui geran USM dan kita yakin ini adalah satu bidang tujuhan penyelidikan yang berasaskan kepada dua perkara iaitu ekonomi dan pembangunan Islam yang penting pada masa hadapan.

“ISDEV juga telah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai sebuah pusat penyelidikan baru di USM pada bulan Ogos yang lalu dan ini membuktikan ISDEV sangat relevan kepada pembangunan penyelidikan Islam terutamanya penyelidikan ekonomi pada masa hadapan,” tambah Naib Canselor.

isdev3

IDMAC 2014 disertai oleh 160 orang peserta termasuk 32 orang pembentang dari Malaysia, negara Brunei Darussalam, Pakistan dan Indonesia yang berfokuskan kepada tema persidangan pada kali ini.

Penyampai ucaptama ialah Pengarah ISDEV, Profesor Dr. Muhammad Syukri Salleh dengan tajuk “Islamic Political Economy: Its Importance and Issues for Research" dan juga Dr Warjio dari Universiti Sumatera Utara, Indonesia dengan tajuk Politik Pembangunan Islam: Akar umbi, kepentingan dan amalan.

Turut hadir ialah Ahli Lembaga Penasihat ISDEV Yang Mulia Pehin Orang Kaya Lela Dato Seri Laila Jasa Haji Awang Abdul Rahman Haji Abdul Karim. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohamad Danial Shahri 

  • Created on .
  • Hits: 1429

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024