PENERBIT & MGTF TERIMA ANUGERAH BUKU NEGARA 2014
PULAU PINANG, 10 Disember 2014 – Dua buah buku terbitan Penerbit USM (PUSM) dan sebuah buku terbitan Muzium Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) terpilih menerima Anugerah Buku Negara 2014.
Majlis penyampaian anugerah akan diadakan pada hari ini dan juga esok di Majlis Anugerah Buku Negara 2014 bersempena Ekspo Buku Malaysia 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Buku –buku tersebut adalah seperti berikut :-
1. BUKU UMUM TERBAIK (KATEGORI KEJURUTERAAN)
Tajuk Buku : Theory of Structures
Penulis : Profesor Madya Dr. Taksiah A. Majid, Profesor Madya Dr. Choong Kok Keong
& Mustafasanie M. Yussof
Penerbit : PUSM
Jabatan : Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam
2. BUKU UMUM TERBAIK (KATEGORI KESIHATAN)
Tajuk Buku : Summary of Readings In Neurosurgery
Penulis : Profesor Dato’ Dr. Jafri Malin Abdullah
Penerbit : PUSM
Jabatan: Pusat Pengajian Sains Perubatan
3. BUKU SENI TERBAIK (IPTA)
Tajuk Buku : Ijtihad –Kumpulan Esei-Esei Seni
Penulis : Safrizal Shahir
Penerbit : MGTF
Jabatan : Pusat Pengajian Seni
Semua penerima anugerah adalah hasil pemilihan Panel Penilai Profesional Anugerah Buku Negara yang dipengerusikan oleh Ketua 1, Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) Profesor Datuk Wira Dr Abdul Latif Abu Bakar dan juga Yayasan Pembangunan Buku Negara. Teks: Nor Rafizah Md Zain
- Created on .
- Hits: 1595