SUKARELAWAN USM BERTOLAK UNTUK MEMBANTU DI KAWASAN BANJIR
PULAU PINANG, 20 Dis. 2014 - Sukarelawan pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) bertolak ke Machang, Kelantan awal pagi ini untuk membantu mangsa banjir dengan menggunakan dua buah bas dari kampus induk Pulau Pinang dan sebuah bas dari Kampus Kejuruteraan yang akan bersatu dgn sukarelawan dari Kampus Kesihatan nanti.
Menurut Timbalan Pendaftar (Hal-Ehwal dan Pembangunan Pelajar) Haji Husin Yahaya, operasi mereka akan melibatkan 120 org sukarelawan USM di Machang terutamanya di pusat pemindahan banjir dan kawasan-kawasan kemudahan orang ramai yang terjejas akibat banjir.
Kumpulan ini turut dibantu oleh mahasiswa terutamanya dari Himpunan Anak-anak Kelantan (HAAKUSM). (Teks: Mohamad Abdullah/Foto: Hj. Husin Yahya dan Zulkifli Che' Hussein)
- Created on .
- Hits: 1370