KOR SUKARELAWAN BANGGAKAN USM
KELANTAN, 20 Disember 2014 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato' Dr Omar Osman mengucapkan syabas kepada Kor Sukarelawan USM yang membantu mangsa banjir di Kelantan.
"Kita berbangga dengan sukarelawan yang bekerja dengan ikhlas dan berfokus walaupun tatkala berada semakin hampir dengan peperiksaan demi untuk membantu masyarakat dan mereka yang memerlukan bantuan," kata Omar.
Sementara itu Timbalan Pendaftar (Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar) Husin Yahaya yang sentiasa memberikan perkembangan terkini para pelajar ini memaklumkan yang semua berjalan lancar seperti mana yang diharapkan.
"Pengalaman kali ini amat berbeza dan mengujakan kerana kali pertama dalam sejarah sukarelawan USM, mereka diduga dengan berlakunya kematian salah seorang ahli khariah Taman Seri Aman Pulai Chondong dan Alhamdulillah sukarelawan kita memberi bantuan dari awal hinggalah dikebumikan tadi," kata Husin. Teks : Mohamad Abdullah /Foto: Kor Sukarelawan USM
- Created on .
- Hits: 1752