USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

READS DIGUNA PELAJAR LUAR NEGARA

DSC 0124

PULAU PINANG, 22 Disember 2014 – Sistem Reading Evaluation and Decoding System (READS) yang telah dibangunkan oleh para penyelidik Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP) Universiti Sains Malaysia (USM) kini memasuki negara luar apabila USM menjalinkan kerjasama dengan Institut Agama Islam Negeri Bengkulu (IAINB), Sumatera Indonesia hari ini.

READS membantu para pelajar meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris serta membantu para tenaga pengajar memantau peningkatan dan penguasaan tersebut melalui sistem.

Melalui penandatanganan Memorandum Perjanjian (MoA) tersebut IAIN akan menggunakan sistem tersebut di sana dan berharap dapat meningkatkan pemahaman Bahasa Inggeris dalam kalangan para pelajar yang menganggap Bahasa Inggeris sebagai bahasa asing di sana.

DSC 0128

“Ini adalah satu contoh di luar kebiasaan atau normal di mana sebuah institusi Islam di Indonesia mementingkan Bahasa Inggeris,” ujar Naib Canselor USM , Profesor Dato’ Dr Omar Osman.

“Hal sebegini amat baik untuk dilaksanakan bukan sahaja dari segi penggunaan Bahasa Inggeris yang lebih baik malah proses pemindahan ilmu itu akan lebih meluas lagi ke negara seberang,” tambah Naib Canselor.

“Penandatanganan MoA tersebut diharap dapat menjadi titik tolak kepada kejayaan yang lebih baik dan menyeluruh bagi dunia pendidikan samada di Malaysia dan juga Indonesia,” ujar Rektor IAINB, Profesor Dr H. Sirajuddin.

“Melalui kerjasama ini pihak kami akan menjemput pensyarah USM dan Naib Canselor terutamanya untuk berkongsi ilmu dan juga pandangan mengenai pelbagai bidang dengan para pelajar kami,” tambah Sirajuddin.

DSC 0163

Selain MoA bersama IAINB, turut diadakan adalah penandatanganan MoA bersama Livingston House of Language Sdn. Bhd. (LHL) untuk tujuan yang sama iaitu untuk mengenalpasti pelajar yang berpotensi pelbagai program yang berteraskan kepada Bahasa Inggeris.

Menurut Pengarah LHL, Chew Why Hoong kerjasama ini akan membuahkan hasil  yang memberangsangkan kepada pelajar dan juga semua pensyarah secara langsung atau pun tidak.

DSC 0169

Kedua-dua MoA tersebut berkuatkuasa bermula hari ini sehingga tiga tahun dan diharap dapat memberikan manfaat yang sewajarnya kepada semua pihak terutamanya USM, IAINB dan juga LHL.

DSC 0186l

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) Profesor Dato’ Dr Ahmad Shukri Mustapa Kamal, Dekan PPIP Profesor Dato’ Dr Abdul Rashid Mohamed, Timbalan Rektor IAINB Drs. H. Zulkarnain dan juga Ketua Pegawai Eksekutif LHL Sonia Ong Lai Yan. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa 

  • Created on .
  • Hits: 1515

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024