PIPPA SUMBANG RM25,000 UNTUK TABUNG BENCANA BANJIR
PULAU PINANG, 19 JANUARI 2015 - Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA) hari ini menyampaikan sumbangan cek bernilai RM25,000 kepada Tabung Bencana Universiti Sains Malaysia untuk dimanfaatkan sebagai bantuan bencana banjir yang melanda Pantai Timur baru-baru ini. Peruntukan itu diambil dari sejumlah wang yang dijanakan oleh PIPPA melalui penawaran program-program latihan kepada pelbagai agensi luar.
Sumbangan diserahkan oleh Pengarah PIPPA, Dr. Musa Ali kepada Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman dalam satu majlis ringkas dan berharap sumbangan tersebut dapat meringankan beban keluarga yang terjejas.
Turut hadir dalam majlis tersebut Timbalan Pengarah PIPPA, Profesor Madya Dr. Mohd Rodzi Ismail dan semua staf PIPPA. Teks dan foto sumbangan PIPPA
- Created on .
- Hits: 1593