USAHA USM BANTU MANGSA BANJIR
Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan sudah menjadi tempat pelajar dari pelbagai universiti berkumpul iaitu berjumlah sekitar 80 orang, staf USM dan keluarga yang terkesan dengan banjir sekitar 120 orang, pakar-pakar dan doktor perubatan dari luar. Dijangka 50 orang pegawai perubatan dari Universiti Malaya (UM) and Universiti Teknologi MARA (UITM) akan datang hari ini.
USM juga menjadi tempat tinggal untuk pakar-pakar perubatan yang tidak dapat pulang di samping menempatkan orang kampung bersebelahan yg terkesan banjir, kini berjumlah sekitar 30 orang. Juga menempatkan pesakit Hospital USM yg discaj tapi tidak boleh pulang. Jumlah ini dijangka meningkat.
Pihak USM turut menyelaraskan aktiviti memasak di Pusat Islam untuk menyedia makanan. Bilik Gerakan terus beroperasi menyelaraskan dan membantu pelajar dan orang ramai. Teks: Mohamad Abdullah
- Created on .
- Hits: 1637