USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TERIMA MESIN DIALISIS DAN MESIN ‘REVERSE OSMOSIS’ SUMBANGAN YAYASAN 1MDB

juhm

Kubang Kerian, 29 Disember 2014 – Universiti Sains Malaysia [USM] menerima sumbangan 4 unit mesin dialisis dan 2 unit mesin ‘reverse osmosis’ bernilai RM250,000.00 daripada Yayasan 1 Malaysia Development Berhad [1MDB] petang ini.

Sumbangan disampaikan oleh Dato’ Dr. Shamsul Anuar Sulaiman, Pengarah Program Tanggungjawab Korporat Yayasan 1MDB kepada Naib Canselor USM Profesor Dato’ Dr. Omar Osman dalam satu majlis ringkas di Hospital USM.

10689497 10205542293021077 4767885245642607936 n

Naib Canselor USM menyampaikan penghargaan dan terima kasih USM  atas keprihatinan Yayasan 1MDB tersebut.

"Sumbangan mesin dialisis ini tentunya sangat membantu mempercepatkan proses rawatan kepada kira-kira 200 pesakit yang memerlukannya di Hospital USM ini," kata Omar.

10417488 10205542291981051 6754990072511923302 n

USM juga berterima kasih atas sumbangan mesin ‘reverse osmosis’ yang berfungsi untuk membekalkan air bersih  kepada para pesakit.

"Kami juga sangat terhutang budi dan berterima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan  Kementerian Kesihatan Malaysia kerana memberi kepercayaan kepada USM sebagai pusat operasi bantuan dan rawatan  mangsa banjir yang  melanda Pantai Timur, khususnya negeri Kelantan ketika ini,"kata Omar.

Katanya lagi, kerjasama  USM dan KKM sangat besar maknanya yang merupakan perkongsian bijak yang menguntungkan kedua-dua belah pihak bukan sahaja pada saat genting seperti ini malah juga pada masa hadapan.

10897815 10205542298221207 6018308654957457551 n

Naib Canselor USM yang tiba untuk melihat dari dekat usaha-usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak di USM Kampus Kesihatan dan melawat dan mengadakan perbincangan dengan semua pihak yang terlibat di sini sepanjang operasi banjir melalui bilik-bilik gerakan yang dibuka sejak minggu lalu.

"USM amat berbangga dengan semua yang terlibat di sini, Pengarah Kampus, Pengarah Hospital, dekan-dekan, pasukan-pasukan  perubatan, para pelajar dan sukarelawan, semua kakitangan yang berkorban masa dan tenaga bersengkang mata membantu dengan ikhlas walau pun keluarga sendiri berhadapan dengan banjir yang melanda yang semua memberi inspirasi bermakna kepada semua.

Sementara itu Shamsul Anuar dalam ucapannya memaklumkan bahawa sumbangan ini merupakan tanggungjawab sosial 1MDB.

10380900 10205542298021202 908308618747161440 n

"YAB Perdana Menteri sendiri selaku Pengerusi 1MDB merestui sumbangan ini dan berharap ianya akan membantu meringankan beban Hospital USM dan pesakit yang sedang menunggu rawatan," tambahnya lagi.

Setiap unit mesin dialisis dianggarkan mampu memberi rawatan kepada 4 hingga 6 pesakit dalam masa sehari.

Turut hadir semasa majlis penyerahan sumbangan ialah Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Dato’ Dr. Hj. Ahmad Razin Dato’ Hj. Ahmad Mahir, Pengarah Hospital USM Dato’ Dr. Zaidun Kamari, Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan Profesor Dr. Ahmad Sukari Halim dan ketua-ketua Jabatan.

Teks & Foto: Amyrulhan Bin Azhari.  Suntingan: Mohamad bin Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 1988

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024