NAIB CANSELOR GARISKAN STRATEGI DAN USAHA USM MEMACU KECEMERLANGAN
Naib Canselor Universiti Sains Malaysia Profesor Dato' Dr. Omar Osman akan menggariskan 5 strategi dan 115 program untuk dilaksanakan sepanjang 2015 dalam membolehkan USM memacu kecemerlangan.
Hal ini adalah antara intipati utama dalam Perutusan Naib Canselor Bersama-sama Untuk Kecerlangan Universiti (BUKU) 2015 yang bertajuk Memacu Kecemerlangan Pengajian Tinggi Negara pada hari Rabu 21 Januari 2015, jam 9.30 pagi di Dewan Tuanku Syed Putra, USM Pulau Pinang.
Antara lain Omar akan menyentuh usaha memperkukuhkan kedudukan USM di dunia dalam bidang akademik, penyelidikan, pembangunan pelajar dan libat sama komuniti dengan mengumumkan beberapa inisiatif baharu termasuk dalam usaha membantu negara dalam pasca banjir besar.
Naib Canselor akan menyampaikan bantuan ehsan untuk warga USM yang menjadi mangsa bencana alam serta sijil penghargaan kepada sukarelawan USM yang membantu dalam operasi semasa dan sesudah berlakunya banjir besar di Pantai Timur Malaysia. Teks: Mohamad Abdullah
- Created on .
- Hits: 1491