USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

JAGA NAMA BAIK USM, KATA MENTERI MENTOR

030913-a

PULAU PINANG, 3 September 2013 - Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) diminta agar menghargai kepelbagaian dan sentiasa menjaga nama baik universiti.

“Selagi saya menjadi Menteri Mentor USM, saya akan membantu apa sahaja yang boleh dan akan sentiasa datang ke sini dan apabila saya datang lagi sekali, kita akan keliling kampus dengan motosikal,” kata Menteri Dalam Negeri yang juga Menteri Mentor USM, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang disambut dengan tepukan gemuruh mahasiswa baharu USM.

030913-b

Kata Ahmad Zahid, “saya ingin meminta dan menyeru agar mahasiswa USM sentiasa menjaga nama baik USM, supaya USM menjadi yang tersohor dan terbaik terutamanya dengan mencapai kejayaan akademik yang cemerlang, berjaya dalam aktiviti ko-kurikulum, sukan dan sebagainya.”

Ahmad Zahid hadir menyampaikan amanat sebagai Menteri Mentor kepada mahasiswa baharu USM.

030913-c

Beliau menasihatkan mahasiswa agar sentiasa menghormati dan menghargai kepelbagaian bangsa, agama, adat dan budaya serta kelainan-kelainan yang menjadi kebanggaan negara demi keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.

“Kita mesti menghormati segala nilai yang ada termasuk menghormati Jalur Gemilang sebagai lambang kedaulatan negara walau pun kita mungkin berbeza pendapat dan pandangan dalam pelbagai perkara,” kata Ahmad Zahid.

030913-d

Menjawab satu soalan pelajar, Ahmad Zahid menjelaskan, “sebagai seorang bekas pemimpin pelajar, saya faham perasaan anak-anak muda dan saya meminta agar kita sentiasa menggunakan kebijaksanaan yang ada dalam melakukan sesuatu tindakan termasuk jika ingin berpolitik sekali pun, malah jika ingin berpolitik, tamatkan dahulu pengajian dengan cemerlang setinggi mungkin agar orang menghormati kita dengan ilmu pengetahuan yang tinggi, malah membawa politik ke kampus hanya akan menimbuilkan pelbagai masalah sesama sendiri yang akan menjejaskan keharmonian kampus dalam memajukan budaya ilmu yang ada.

Beliau menasihatkan mahasiswa agar sentiasa bekerja keras untuk mencapai kejayaan dan mengharapkan agar dapat menjadi role model dalam kalangan anak-anak muda. - Teks: Mohamad Abdullah/Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1609

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024