USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PERMOHONAN MASUK KE USM DI LUAR JANGKAAN

010913 - 1

Pulau Pinang, 1 September, Universiti Sains Malaysia (USM) menerima permohonan masuk di luar dari jangkaan dan sesetengah kursus melebihi unjuran.

Hal ini dinyatakan oleh Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr. Omar Osman dalam sidang media yang diadakan di sini.

010913 - 3

"Sesetengah kursus yang dahulunya sukar mendapat calon seperti yang berasaskan teknologi malah juga ilmu pendidikan, kini mendapat pelajar yang melebih sasaran dengan keseluruhan permohonan untuk kemasukan pengajian sepenuh masa dan jarak jauh pada tahun ini berjumlah lebih 25,000 orang," kata Omar.

Pada tahun ini USM mengambil masuk kira-kira 4,684 orang pelajar dengan 3,272 orang mengikuti pengajian di kampus induk Pulau Pinang, 678 orang mengikuti pengajian di Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal dan 734 orang mengikuti pengajian di Kampus Kesihatan Kelantan.

010913 - 4

Menurut Omar, USM menerima 4,500 rayuan masuk dan hanya mampu mengambil 200 orang dari jumlah tersebut.

"Adalah sukar untuk USM menerima lebih ramai lagi bilangan yang memohon masuk kerana terpaksa mengambil kira pelbagai perkara, dengan harapan pada tahun-tahun hadapan ia dapat diserap masuk ke universiti lain apatah lagi jika mengambil kira prasarana yang ada, termasuk keperluan penginapan di desasiswa dari segi jantina walau pun pemilihan yang dibuat tidak pernah mengambil kira jantina pemohon, bilangan pensyarah dan beberapa faktor lain-lain," kata Omar.

010913 - 5

Kira-kira 68.5% keseluruhan pelajar USM adalah perempuan dan peratusan tersebut dijangka menjangkau lebih 70% di kampus induk.

"USM juga menerima seramai 558 orang calon yang mendapat PNGK 4.00 yang sebahagian besarnya mengikuti pengajian dalam kursus kritikal seperti Sains Perubatan dan Sains Pergigian namun terdapat juga dalam kalangan mereka yang mengikuti pengajian seperti Sains Tulen dan Pendidikan," tambahnya lagi.

010913 - 6

Di samping itu, untuk pertama kalinya USM turut menerima masuk seramai 24 orang pelajar dalam kalangan yang dianggap sebagai kumpulan mereka yang tinggal di pedalaman dan memerlukan penilaian yang berbeza dari calon-calon lain.

Turut mendaftar mengikuti pengajian di USM ialah 44 orang pelajar antarabangsa yang meliputi 16 orang dari Republik Rakyat China, masing-masing 5 orang dari Indonesia dan Thailand, 4 orang dari Libya, masing-masing 2 orang dari Arab Saudi, Bangladesh dan Sudan serta masing-masing seorang dari Kazakhtan, Pakistan, Palestin, Qatar, Singapura dan Yemen.

010913 - 2

USM juga turut mengambil masuk 2 orang warga budaya dan 16 orang dalam kalangan warga sukan untuk mengikuti pelbagai pengajian di USM.

"Walau pun kita gembira dengan permintaan tinggi daripada pemohon-pemohon namun USM perlu mengambil kira semua perkara seperti keperluan bilangan pensyarah dan pelajar yang berkualiti tinggi terutamanya dalam usaha membangunkan negara secara keseluruhannya dengan memastikan mahasiswa dan siswazah kita berupaya bersaing dan memenuhi hasrat, harapan dan keinginan negara dan bangsa dalam menyediakan sumber manusia berilmu pengetahuan dan berupaya bersaing di pentas dunia," kata Omar lagi. Teks: Mohamad Abdullah / Foto: Mohd Fairus Md Isa dan Yong Check Yoon

  • Created on .
  • Hits: 1897

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024