USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PPPJJ ERATKAN JARINGAN BERSAMA ALUMNI

210913-1

PULAU PINANG, 20 September 2013-  Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) telah mengadakan Majlis Amal dan Makan Malam Perdana PPPJJ USM 2013 bagi mengeratkan jaringan antara alumni serta kakitangan dan staf PPPJJ.

Dr. Mohd Azhar Bahari, Presiden Persatuan Alumni PPPJJ 2013-2015 berkata majlis ini dapat menjadi titik tolak bagi mengakrabkan lagi hubungan sesama alumni dan berharap program seperti ini akan mendapat sokongan yang berterusan daripada PPPJJ secara khususnya dan USM secara amnya.

“Saya berharap sinergi yang wujud pada malam ini dapat mengeratkan hubungan pelbagai pihak terutamanya para alumni ke satu pertalian yang berkekalan”, kata Dr. Zarina Md Nor, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Jaringan.

Naib Canselor, Profesor Dato’ Omar Osman berkata majlis ini penting untuk mempertemukan para alumni selain memperkasakan USM dengan masyarakat dan seterusnya dapat berkongsi kepakaran, pemikiran dan penyelidikan.

“Jaringan di kalangan alumni amat penting untuk penyaluran idea dan kepakaran selain memakmurkan dan membangunkan Universiti”, kata Tan Sri Datuk Mustafa Mansur, Pro Canselor.

210913-2

Tambah beliau lagi, pengalaman belajar di USM tidak pernah beliau lupakan dan sewajarnya alumni harus terus berhubung dan membantu Universiti.

Mustafa telah berada di USM hampir 40 tahun semenjak mendaftar sebagai pelajar pada tahun 1973 sebelum seterusnya memegang jawatan penting di Jawatankuasa Universiti dan sekarang beliau merupakan Pro Canselor USM.

“Saya amat berbangga menjadi keluarga USM dan program ini telah mengeratkan lagi hubungan saya dengan kakitangan dan pelajar PPPJJ yang lain,” ujar Shantee A/P Segara yang akan menerima ijazahnya esok.

Oong Lay Wah pelajar tahun dua PPPJJ pula berkata beliau amat suka suasana kampus dan pesekitaran USM.

Manakala bagi Engku Arif Harun, alumni Sains Kemasyarakatan 2009 berkata beliau amat sayangkan USM dan sering berhubung rapat dengan para pensyarah di universiti.

210913-3

Selain menemukan kakitangan, pelajar dan alumni PPPJJ, majlis ini juga bertujuan untuk mengumpul dana bagi menyokong program komuniti yang telah dirancang untuk golongan yang kurang bernasib baik. Teks: Sharifah Darweena Syed Ahmad Amir Feisal /Foto: Siti Faizah Abd Halim / Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 1156

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024