USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENSYARAH FARMASI TERIMA ANUGERAH BERPRESTIJ PERSATUAN FARMASI MALAYSIA

20130920 215829

PULAU PINANG, 23 September 2013 - Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Sains Farmasi, Prof Madya Dr Mohamed Azmi Ahmad Hassali dipilih menerima anugerah ‘Outstanding Pharmacist of The Year’ untuk kategori Akademik tahun ini dari Persatuan Farmasi Malaysia yang merupakan badan profesional utama bagi profesion farmasi di Malaysia.

Majlis penyampaian anugerah tersebut telah diadakan bersempena dengan Majlis Makan Malam Tahunan Persatuan Farmasi Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur dan disempurnakan oleh Pengarah Kanan, Perkhidmatan Farmasi Malaysia yang mewakili Menteri Kesihatan Malaysia, Dato Eisah Rahman baru-baru ini.

Hadir sama di majlis tersebut ialah ialah Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Dato Nancy Ho.

Azmi merupakan pelopor dalam bidang farmasi sosial di Malaysia dan sering menjadi rujukan pelbagai pihak dalam dan luar negara terutamanya dalam bidang pembangunan dasar penggunaan ubat-ubatan secara rasional.

Azmi dipilih dari kalangan 10 calon yang disenarai pendek bagi anugerah tersebut berdasarkan kepada sumbangan besar dalam bidang penyelidikan akademik dan penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan dalam dan luar negara yang memartabatkan profesion ahli farmasi.

  • Created on .
  • Hits: 1347

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024